Sunday, March 9, 2014

Kehilangan MH370 - SIAPA YANG PANDAI DAN SIAPA YANG PANDAI-PANDAI by Saiful Nang.




Assalamualaikum..


Aku terbaca satu post daripada facebook Saiful Nang berkaitan kehilangan pesawat MH370 yang masih belum dijumpai lagi. Seriously aku memang sedih sangat memikirkan perasaan orang-orang didalam pesawat tu, betapa cemasnya diorang dengan tekanan udara diluar yang sangat kuat. Bayangkanlah jatuh pada ketinggian beribu ribu kaki. Sedangkan kita yang jatuh daripada pokok je pun boleh patah tulang. Tapi aku masih mengharapkan yang pesawat tu mendarat dengan selamat di suatu tempat yang sukar dikesan dan semua penumpangnya selamat. In shaa Allah, dengan kuasa Allah s.w.t apa apa pun boleh terjadi mengikut kehendak-Nya.



Bila isu kehilangan pesawat MH370 ni, maka muncullah wartawan tak bertauliah, ustaz ustaz dan uztazah segera, penyiasat tak bertauliah dan sebagainya di dalam facebook. Macam macam spekulasi dibuat sampai ada satu tweet aku baca dalam twitter yang mempersoalkan tujuan penumpang penumpang ke Beijing tu untuk apa? Buat maksiat?



Mana bukti kau sampai boleh keluar kenyataan macam tu? Ingat, berfikir dulu sebelum melakukan sesuatu, jangan sampai kata kata kita tu menjadi fitnah. Nauzubillahiminzalik.






Bayangkan kalau ahli keluarga kita yang terlibat, apa perasaan kita? Dan berkaitan status yang aku copy paste dari facebook Saiful Nang, memang statusnya bijak dan beliau berfikir dahulu sebelum mengeluarkan apa apa kenyataan. Ini statusnya,





Dulu semasa saya kecil, saya pernah buat part time jadi mekanik basikal. Boleh setakat nak cari duit seringgit dua sehari. Mekanik basikal sahajapun, bukan mekanik kapal terbang. Satu perkara yang saya paling tak suka apabila orang yang hantar repair basikal melakukan perkara-perkara berikut;


1. Push nak cepat sangat
2. Nak tunjuk macam dia lebih pandai repair basikal
3. Marah-marah bila lambat

Perkara begini kadangkala buat saya hilang sabar dan saya sendiri pernah bagi sepana dan playar kepada mereka dan bercakap "Kalau pandai sangat, kenapa tak buat sendiri". Lalu saya repair basikal lain pula. Perenggan selepas ini ialah satu isu semasa yang besar yang boleh hampir sama situasinya, tetapi dalam SKALA yang sangat besar. Prinsipnya sama juga…ada pakar, ada masalah, ada annoying public. 

Dalam isu #MH370 ini saya lihat ramai yang berada dalam kategori 3 di atas. Pertama, semuanya nak cepat dan ramai ingat cari sebuah kapal terbang di sebuah laut luas itu satu perkara mudah. Dilemma juga mereka yang bertanggungjawab dalam mengumumkan informasi terkini. Lihat muka mereka sahaja sudah nampak tekanan yang mereka rasai. Jika mereka beritahu sahaja apa yg mereka rasa, nanti jika ada kesilapan ORANG AKAN SAMAN mereka. Jika mereka hanya menapis informasi yang benar-benar telah disahkan dan mengambil masa, orang panggil mereka lembab pula. 

Kedua, ramai yang nak tunjuk pandai. Semalam sahaja, ada ramai ahli politik segera, Ustaz & ustazah FB, Pakar penerbangan FB, Penyiasat FB yang dilahirkan. Mereka mengeluarkan kenyataan yang "macam bagus" sahaja. Itulah masalahnya bila orang bodoh berlagak pandai akan ternampak kebodohannya. Jika pandai…tak perlu tunjuk pandai kerana jika orang pandai buat bodoh sekalipun, tetap orang nampak kepandaiannya. 

Yang ketiga, dah mula marah-marah. Yang bukan ada keluarga dalam pesawat tu patutnya meredhakan kemarahan keluarga dan rakan terdekat mereka yang berada dalam MH370 bukan menyiram minyak ke dalam api yang marak. 

Isu Scorpene tidak digunakan dalam misi SAR pun jadi bahan politik. Bagaimanakah kereta lumba yang dibeli boleh digunakan untuk membajak sawah? Cuba fikir di situ. 

Sebagai warga yang prihatin…kita berdoa dan serahkan kepercayaan kepada pihak yang BEKERJA dan bukan pihak yang BERKATA. Ada satu jenis kata-kata yang sangat berguna pada ketika ini…dan kata-kata itu ialah DOA.







Akhir sekali, pulanglah MH370, kami menantikan kepulanganmu dengan selamat semuanya. Ya Allah, Kau  makbulkanlah doa doa kami semua. Aminnnn...










Saturday, December 7, 2013

Ceritera Guru Pelatih UPSI @ PPKI-P SSN SMK Seri Kota, Melaka - Part 2




Assalamualaikum..


Kemain 'to be continued' bagai, bajet ada orang baca. Tapi pedulik apa aku, blog aku yang punya, nanti kalau sempat merasa tua boleh la juga baca sambil tunggu anak cucu balik dari kolumpo. eh?



Hari kedua sebagai guru pelatih.




Buat masa sekarang ni masih elok lagi la ingatan aku, takut juga kalau aku tak abadikan momen momen indah ni dekat mana mana, nanti makin lama makin lupa. Sedih. T__T



Kami sebenarnya diberikan 16 minggu (4 bulan) untuk menjalani LM-latihan mengajar dan 2 minggu Rancangan Orientasi Sekolah (ROS). 2 minggu ni termasuk sekali la dalam 16 minggu tu, jadi ROS 2 minggu, LM 14 minggu. Masa taklimat LM itu hari, pihak UPSI ada cakap terpulang kepada pihak sekolah sama ada nak buat ROS ataupun tak. Ikut budi bicara pihak sekolah atau GPK gitu laa. Aku dan member aku memang buat ROS atas saranan GPK PK supaya kami kenal dulu PPKI-P di sini. Ini bebudak pendidikan khas, bukan boleh main mengajar je. Emosi, tingkah laku, kawalan kelas semua tu kau kena jaga sebab diorang ni istimewa dari kanak kanak normal, istimewa sangat :')




Bermulanya ROS kami. Hari kedua ni lah merudumkan mood excited aku nak mengajar. Aku kena relief kelas tahap 1. Tahap 1 ni diwajibkan PPM (Pembantu Pengurusan Murid) untuk masuk ke kelas sepanjang guru mengajar bertujuan menjaga bebudak ni semua. Aku tak tahu apa apa lagi sebenarnya, PPM dengan cikgu pun tak berapa nak kenal sangat yang mana satu. Masuklah aku ke kelas Ceria 2 ini. Masuk kelas - konpiden - muka cool - jangan terlalu garang - jangan terlalu baik. 


Kelas Ceria 2


Okayyy kelas. Saya cikgu baru kat sini... Boleh panggil Cikgu Syazana ye.
Boleh bagitahu cikgu tak nama kamu semua pulak? 
Kita mula dengan yang duduk depan sekali ni haa..eh kenapa awak makan dalam kelas ni? Ni bulan puasa kan? 

Takde respon..

oooo tak puasa ya?

Masih takde respon..

hmmm..ok takpelah.

*Bangun pulak sorang budak yang duduk belakang sekali*

Budak belakang : Heyyy budak! Ape kau buat kat sini haa?

Aku : Budak?? *Muka garang* duduk! Bagitahu cikgu apa nama kamu?

Budak belakang : Takde nama! Kau keluar sekarang *sambil tolak aku keluar kelas*..

Aku keraskan badan cuba melawan, budak ni besar dari aku, tapi aku tinggi daripada dia, boleh tahan kuat jugak dia tolak. Aku tinggikan suara..


Pergi duduk dekat tempat awak! 


Dia pun pergi duduk dekat tempat dia. fuhhhh..bagus dengar arahan.


Aku pun borak borak je la dengan diorang ni, puasa ke tak, tinggal dekat mana, berapa orang adik beradik, baju raya dah beli ke belum...bla..bla..bla.. Tapi...tapi...budak belakang tu buat tak tahu je dekat aku, sibuk bercakap dengan kawan kawan dia. Aku pun memang buat tak tahu jugak lah dekat dia. 



Lepas tu aku nak tulis apa entah dekat whiteboard, aku pun pergi la dekat meja belakang ambik marker pen. Budak belakang ni tetiba bangun pergi kunci pintu, lepastu dia pergi dekat aku dia cakap "aku nak bunuh kau" sambil selongkar cari pensil dalam kotak pensil dia. Aku buat donno je lagi. Lepastu dia datang bawak pensil terus cucuk perut aku -_-"


Heiiiiii...!!!


Sebelum apa apa yang teruk lagi bakal terjadi, aku mem'blah'kan diri. Terus menuju ke kawan aku di bilik sebelah. 


Tolong aku wehhh, aku takut arr dengan budak tu. wuuuu...


Aku pergi semula ke kelas tu dengan kawan aku, PPM tengah marah marah budak tu sambil pegang rotan, budak tu diam je.


PPM : Cikgu lain kali cikgu marah sikit dia ni.

Aku : hehehe..tu la, takut jugak saya tadi.


Budak tu pun menjadi seoarang yang baik sampai waktu kelas aku tamat.


Muhammad Azeem :)


Cikgu Syazana selepas kejadian :)



Disinilah pentingnya ROS tu, untuk kita kenal kenal dengan pelajar dulu, tahu emosi diorang, tingkah laku diorang kerana dari situlah kita boleh buat peneguhan dan sebagainya. 


Budak belakang tu namanya Azeem *alahaiii rindu pulak la dekat dia* :'(
Dan disebalik kejadian tadi sebenarnya Azeem ni seorang yang sukakan perhatian. Dia akan buat apa sahaja sampai guru beri perhatian kepada dia. Comel sangat lettewww kan :')


Bila aku dah lama dengan diorang, sebenarnya diorang ni sangat sangat penyayang. Azeem kadang kadang buat aku tetiba sebak, tetiba terharu, tetiba senyum, tetiba ketawa, tetiba marah. Kau kena pandai baca tindak tanduk dia baru kau boleh kawal dia. 


Masa hari hari akhir kami dekat PPKI-P ni, aku pergi dekat Azeem. Saja borak dengan dia...


Azeem...

Kenape? 

Nanti cikgu dah nak pindah, cikgu dah tak ajar kat sini lagi. Nanti Azeem dah tak jumpa cikgu tau.

Kenapa nak pindah?

Sebab cikgu kena ajar dekat tempat lain, cikgu dah takde kat sini... 

Jangan laa.. jangan la pindahhh... duduk sini je...

Emm.. Azeem sayang cikgu tak?

Sayang la...jangan la pindah, awak duduk sini la...

Tak boleh Azeem cikgu kena  pindah jugak :'(
Azeem balik la dulu..bye bye.. (diorang tengah beratur sebelum balik ke rumah)

Byeeee.... *dia senyum*






Makin lama makin banyak perubahan yang aku nampak pada Azeem. Cikgu doakan Azeem terus jadi budak yang baik ye. Azeem memang dah dapat syurga, cikgu pulak belum tentu lagi. Kalau boleh Azeem tarik cikgu masuk syurga sekali di sana nanti ye? Panjang umur kita jumpa lagi.. Cikgu sayangkan kamu semua..







*crying*




To be continued - Part 3





Thursday, December 5, 2013

Ceritera Guru Pelatih UPSI @ PPKI-P SSN SMK Seri Kota, Melaka - Part 1




Assalamualaikum...




Okay, kuatkan hati tulis juga.


4 bulan, 15 Julai - 8 November 2013..
Terima kasih Allah Kau berikan aku peluang untuk bergelar pendidik di SSN SMK Seri Kota, Melaka, walau sekadar guru pelatih. 


Cikgu Syazana :')


Habis je exam semester 6, kami akan buat preparation untuk LM, latihan mengajar. Emm, kalau nak ikutkan perasaan aku waktu ni 'lahaii, masa ni macam cepat sangat berjalan, tup tup dah bulan 7, tup tup dah kena packing barang pegi Melaka. Tak boleh ke lepas raya? Ni tengah tengah bulan puasa pulak tu, nanti nak balik macam susah je nak dapat cuti, LM kau ingat boleh suka suka je nak cuti macam ponteng kuliah? err.. salah satu syarat untuk grad adalah menjalani latihan mengajar selama 4 bulan dan kami hanya diberikan 3 hari sahaja cuti bersebab'. 





Suasana baru, tempat baru, housemate baru, kehidupan baru dan semua yang baru baru belaka..
Ada orang cakap adatlah kalau dah nama cikgu pelatih, macam macam hal kau akan alami. Ya, betul sangat!
Lepas family aku bertolak balik Perlis, tinggal lah aku dengan member aku. Dekat sekolah ni aku dengan member aku ni je kos pendidikan khas, kami menyewa satu rumah dengan bebudak BM, Math, Moral. 8 orang satu rumah, 4 bilik. Jarak dari rumah ke sekolah lebih kurang 5 minit naik kereta, kami dah berpakat bagai dah untuk tumpang kereta salah seorang housemate ni ke sekolah, tiap tiap bulan kami akan bayar duit minyak. Ok, setel. Sehari sebelum kami memulakan LM, kami terima ujian yang boleh dikatakan sangat besar. Family semua dah balik, aku dengan kawan aku sedih sangat time tu. Tapi....it's okay, Allah kan ada :')


*kau pehal gambar taknak rotate pulak dah masuk blog*


Bermulanya hari pertama sebagai guru, cikgu, pendidik, ustazah...err..? ;)
Mula-mula sampai sekolah tu dia punya berdebar macam mula-mula nak masuk sekolah menengah, macam mula-mula nak masuk U. Sampai boleh terlupa nama pengetua yang berbuih dok hafal dari semalam.
Dah jumpa pengetua, kami diminta duduk di barisan hadapan sekali, dekat tempat duduk cikgu cikgu untuk diperkenalkan dalam perhimpunan! oh damn. 


*my first week*


Kalau dulu masa perhimpunan asyik tengok cikgu cikgu je kat depan, sekarang aku pulak yang dekat tempat cikgu cikgu tu. Perasaan masa tu seronok jugak la sampai rasa nak guling guling je depan bebudak, sorry la cikgu ter'over' excited sikit. Sikit je, berdebar tetap bertingket tingket.






Lepas perhimpunan, kami cikgu2 pelatih 9 orang ni semua diminta pergi ke library untuk taklimat serba sedikit dari pengetua dan GPK-Guru Penolong Kanan. Bila pengetua tanya kos kami semua, GPK PK (Pendidikan Khas) macam terkejut, "eh, pendidikan khas ye?".. Ahh kenapa pulak?






Pengetua mintak kami ikut GPK masing2, dan masa nak keluar tu GPK PK datang dan cakap "dah dekat 4 tahun PK tak pernah terima guru pelatih". Ohh... *segan betul nak berborak sebenarnya* :D
"Jom ikut saya pegi kelas PK". Senyum. 



PPKI-P SSN SMK Seri Kota, Melaka.


"Assalamualaikum cikgu". Errr, hehehe...waa'laikumussalam. Dulu aku bagi salam dekat cikgu2, sekarang bebudak bagi salam dekat aku. Cikgu? Cikgu ke? Macam tak percaya pun ada dah jadi cikgu. Lahaiiii nye lah, first time praktikal kan :)





Dah sampai Bilik Gerakan PK, kami jumpa GPK PK dengan guru pembimbing. MashaAllah baiknya lah diorang ni, mula mula tadi nampak garang. Kan dah cakap Allah tu ada tak kira kita susah ke senang :)
Tengah2 bincang pasal jadual dan subjek apa nak ajar, datang sorang budak autisme. Dia tanya GPK pakai handphone brand apa? Hahaha..student pendidikan khas pertama yang aku jumpa dekat sekolah ni.
Tetiba aku dapat call dari pejabat cakap aku tak masuk kelas relief tingkatan berapa entah. Marah2. Terus GPK PK pegi pejabat bagitau aku akan duduk di blok pendidikan khas dan hanya akan relief kelas pendidikan khas je. huhu..mana cek tau! jangan arr marah2, saya budak baru belajaq :'(


*student pertama aku jumpa*


Dah habis bincang2 bagai tu, bermulalah sesi orientasi. Aku dengan member aku ni dibawak ke kelas2 pendidikan khas dan berkenalan dengan pelajar2, cikgu2, dan PPM. Dah salam2 say hyee2 dekat bebudak, diorang macam nak kata teruja pun tak, seronok pun tak, tak seronok pun tak. Sokayyyy, diorang tak kenal cikgu cikgu baru ni lagi letteww..






Sebelah petangnya kami kemas2 barang pindah keluar dari rumah sewa. Rumah sewa yang baru ni dekat sangat dengan sekolah, jalan kaki je dalam 5 minit sampai la. Tak payah la aku cerita sebab apa, cukuplah aku simpan je dalam kepala, bukan nak berdendam ke ape. Tapi.....abaikan. Yang aku terharu sangat Allah hadirkan seorang hambaNya untuk tolong kami angkat semua barang. Member kepada kawan aku, terima kasih Allah. Keberkatan bulan ramadhan juga barangkali.






Hari kedua dekat PPKI (Program Integrasi Pendidikan Khas)..






To be Continued...









Wednesday, November 13, 2013

Erti Manusia Pendidik...




Assalamualaikum..




Di sini aku manusia pendidik..


Di sini aku menyayangi ahli-ahli firdausi..


Di sini kasih ku tumpah, sayangku tumpah..


Di sini aku tertawa...


Di sini aku menangis...


Di sini aku melompat riang...


Di sini aku terpunduk sedih..


Di sini aku bersenda...


Di sini aku menyakat...


Dan........


Disini jua kakiku berat mahu melangkah pergi.....





4 bulan bersama, memutikkan sayang antara aku dan mereka, antara mereka dan aku...memutikkan rindu bak sang pungguk terhadap bulannya,  Romeo terhadap Julietnya, Shah Jehan terhadap Mumtaznya.. 





Cikgu doakan kalian berjaya di dunia dan akhirat, tiada lain yang cikgu mintak melainkan belajarlah bersungguh sungguh untuk kesenangan masa depan kalian.. Tanggapan orang ini adalah ayat cliche seorang guru, tapi berpeluang menjadi pendidik membuatkan aku memahami bagaimana tingginya harapan seorang guru untuk melihat anak anak didiknya berjaya. Sungguh.





Moga tertulis di dalam takdir kita bakal bersua lagi di PPKI-P, SSN SMK Seri Kota...Itu harapan cikgu yang rindukan kamu, sayangkan kamu semua...









wassalam :'(









Sunday, October 20, 2013

Trip To South Korea



















Bukan nak cakap apa la, hari tu kebetulan pergi Korea  -.-








krukkkk krukkkk krukkkk....... *bunyi cengkerik siang*








byeee byeee...... >.<





Friday, March 1, 2013

Kualiti gambar Sony Ericsson J10i


























































Walaupun nampak 'old school' sebab takde touch screen bagai, tapi aku bangga dengan kualiti gambar phone ni. Dekat 3 tahun dah pakai,  kamera masih elok dan berkualiti. 
ffuuuhhhhh.. *sambil kibas kibas rambut*







assalamualaikum



p/s takde instagram, okbai!




1.3.13






7.30 Gerak ke kelas. Naik bas dari syarikat baru, ada dua pintu.. :D

*beli kuih depan kampus*

8.30 Lect datang bagi kuliah.

bla..bla..bla...zzzzzz...bla..bla..bla..zzzzzz...

9.30 Kelas tamat.


Pergi HEPA, hantar buku sukatan pelajaran untuk fotostat, tunggu bas di pondok bas lama tapi ditempat yang berlainan. 15 minit menunggu, student dan driver bus agak blur blur dengan perubahan tempat mengambil dan menurunkan pelajar yang baru diubah suai ni. Hari pertama mungkin.



Sampai Taman Bahtera terus pergi beli lauk buat makan tengah hari dengan malam. Dan terus ke kedai depan beli beras. Dannnn...

















Balik je dari kedai terus dikejar dek anjing..hmffffff...






1/3/13 Assalamualaikum..