Saturday, December 31, 2011

Tahun Baru, Header Baru...oooo yeahhh!





assalamualaikum...



hai kawan-kawan...hai rakan-rakan...hai sahabat-sahabat semua..





kepada sesiapa yang sedang baca blog ni, jom luangkan masa sekejap tadah tangan dan ucapkan alhamdulillah, bersyukur kepada Allah s.w.t yang telah memberikan peluang untuk kita merasai tahun 2012 ni..





kebetulan masa tulis entry ni aku tengah dengar lagu Bila waktu telah berakhir - Opick . so, panjatkan lah kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana kita masih lagi bernafas untuk tahun 2012 ni, tapi apabila waktu telah berakhir hanya amal ibadat serta sedekah jariah yang masih kekal hidup. wallahualam.





alhamdulillah, aku masih lagi berpeluang menulis entri untuk tahun 2012 ni, tapi tahun-tahun berikutnya belum tentu lagi akan diberi peluang macam ni. aku memohon ampun kepada Allah s.w.t atas dosa-dosa aku selama ini, dosa-dosa aku  terhadap ibu bapaku serta saudara-maraku.





dan seperti kelazimannya, azam aku untuk tahun ni biarlah aku je yang tahu dan biarlah terlaksana dengan sempurna...aminn..





sempena tahun baru ni, aku ada header baru..huahuahua..
ok, tak lawak. header bodo-bodo aje, kebetulan aku nak buat assignment tadi, lepas tu ada la si syaiton sekor ni hasut aku :


"jadah hape kau buat assignment? lek ahh, buat header blog ke, layan fesbuk ke ada gak pekdah!"

aku : haremm! terpedaya jugak aku. last-last assignment ke mana, study ke mana! syaiton tak guna! -__-




eh, ace tengok header aku..kalau rasa nak buat tempahan tu boleh PM aku..hahaha..







aku google je header ni sebenarnya, lepastu aku tempek gambar aku dengan tulis-tulis sikit..hahaha..keji betul perangai -__-





*harap-harap tuan punya header ni tak jumpa la blog aku! niaya ooo...*





Selamat Tahun Baru Semua... 

Moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Macam ucapan hari lahir lah pulak! ahh lantak...




babaiii....



Wednesday, December 28, 2011

Budak sukan ke aku ni ??






assalamualaikum...




aku sekarang dah jadi 'budak sukan' laaa....hahahaha...  





kau rasa lawak ke? (_ _")





kalau dulu kemain tak suka main sukan time sekolah. aku pun tak tahu la kenapa aku tak suka main sukan masa sekolah menengah dulu. aku rasa faktor kawan kot. aku ni dah la jenis mengikut kawan je, kalau kawan tak suka tu, aku pun tak suka tu, kalau kawan tak suka ni, aku pun tak suka ni (apa yang aku merepek ni?)




tapi time sekolah rendah dulu memang aku aktif bersukan. kalau musim ko-k tu memang wajib la kena turun padang tiap-tiap petang. aku kalau bab sukan ni aku suka acara balapan dengan bola jaring je, yang lain aku tak minat especially lompat tinggi! lagipun time sekolah rendah aku ada kawan-kawan yang minat sukan, jadi takde hal lah aku nak aktif sukan time sekolah rendah. kalau muka wakil sekolah tu muka aku la tu. Hahahaha..


*muka bangga*





back to the topic, time aku dekat UPSI ni la aku dah start main sukan balik. tu pun sebab aku ambik minor Sains Sukan. bagi aku ok la setakat ni sebab aku belom belajar lagi sukan-sukan yang kena ambik untuk setiap sem. sem ni aku ambik teori dulu, pening jugak la dengan pakcik 'anatomi' tu, semua part-part dekat badan nak kena ingat, kadang-kadang tu nama yang bukan-bukan je dia letak, Scapula la, Ulna la, Tarsal la, Metatarsal la. tak boleh ke letak nama yang orang mudah ingat? letak la kasim ke, tipah ke, meon ke? kan mudah je nak ingat (-__-")





oh ye, itu hari aku ada main hoki untuk subjek ko-k. kitorang main dekat Stadium Hoki, Lembah Pantai. memula nampak padang hoki tu terus berkobar-kobar nak main, dah main baru tahu rupa-rupanya main dekat padang upsi lagi best. sebelum main, padang mesti dibasahkan dulu sebab padang hoki ni pakai rumput pelesu je, dibuat dari sintetik jadah hape ntah, so bila jatuh takde la calar-balar bagai. dah basah-basah macam tu ingatkan boleh la berlakon konon-konon teror main hoki, padahal hampeh je. air yang diorang basahkan padang tu dah membasahkan kasut kitorang. kalau kasut dah basah for sure lah akan jadi berat kan? nak lari pun dah termengah-mengah, padahal badan 'kurus' dan 'ringan' je. tak guna punya @#$%^&*!!!






 kau berani nak lawan dengan aku? berani?? hahaha







wajib bermuka berlagak.







posing bapuk! cis! cis! cis!



saya paling KURUS. wahhh... bangga!


 
ciss! tak macho langsung beg aku!








p/s : ni la first time aku lawan hoki. alhamdulillah team aku menang 1-0..yang bestnya aku yang tak pernah main hoki sebelum ni la yang jaringkan gol! hakhakhak..





babaiiiii....




Friday, December 23, 2011

Sumpah aku menyampah status facebook budak-budak sekarang.







please la..




toksah la..




tak payah gedik sangat la..




takde orang suka pun kau buat macam tu, menyampah lagi ada..




tahu tak buat apa? 




-





-





-





-





-





-





-






BUAT STATUS MACAM NI HAAA...
*menyampah sampai capslock ayat kau!*





nak baca pon boleh tergeliat lidah, apatah lagi nak buat karangan BM (-__-')








p/s : aku lebih rela tengok siput babi main kejar-kejar daripada dok baca status yang menyemakkan news feed aku nih!











babiii...eh, babaiii la =)




Saturday, December 17, 2011

Teater Muzikal - Anak Itik Yang Hodoh =)




assalamualaikum...



 kenalkan diri dulu, sorang-sorang kena bagitau nama dengan nombor matrik.


 lepastu nyanyi, Teater Muzikal kan..KAN?? Pon bolehhh..


 tu diaaa..start dah! 


 ha, yang kuning tu anak itik merangkap anak aku, then yang putih tu bukan anak aku, bukan aku yang bertanggungjawab! hak3




 *tangan didada mata keatas* cer cari sape yang tengah buat macam tu?


tukar jangan tak tukar


 tadaaaa! semua dah jadi anak angsa


 aku ke yang sopan tu? 


 yang tu tasik yer, jangan pikir yang bukan-bukan pulak!


 nyanyi lagi sambil goncang botol


 yang ni nyanyi sambil ketuk sudu 




 last sekali nyanyi sambil buat bunyi itik


 ucapan terima kaseyy daripada pelakon utama *sila sebut terima kaseyy macam Alleycats*


tu la cik penglipurlara kami =)



selesai pon Teater Muzikal Anak Itik Yang Hodoh. Sesapa yang nak tonton tu boleh la PM tiket dekat aku, harga boleh runding.




p/s : ni gambar belakang tabir




ok, babaiii semua...jangan lupa PM aku untuk tempahan tiket! hahaha




Tuesday, December 13, 2011

" Aku dah kahwin sekarang... " - sedih giler cerita ni T_T




assalamualaikum...jom renung-renungkan kisah ni..


Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia tak seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so takde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..



Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..



Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan.  Hoho..



Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.



Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.



Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.




Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.






Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye..  Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..



Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok..  kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.



Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..

Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??






Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!



Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!



Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..



Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..




Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.




Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!




Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!




Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa.. 



 
Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??





Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!

So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..

Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!




Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??




Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.




Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!

Aku buntu..

Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..




Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.



*credit to google images*



Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..

Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..




Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!

1 Julai 2007,



Buat suami yang baru kupunya,

Terima kasih kerana menawarkan cintamu,
Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,
Ara memang cinta padamu,
Dan Ara menangis bila abang melamarku

Buat suamiku yang baru kupunya,

Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona,
Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita

Buat suamiku yang baru kupunya,

Andai abang ingin melihat Ara ketawa,
Ara hanya mampu tersenyum pada abang,
Andai abang mahu Ara berjenaka,
Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,

Kerana Ara tak mampu berbica,
Seperti orang lain berbicara,
Kerana Ara tak mampu ketawa,
Seperti orang lain ketawa

Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,
Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,
Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,
Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..

Yang benar,
Isteri yang menyanjungmu.

*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..


Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?

4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?




Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.





Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.

Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.




“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”

Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..




Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..

Kini, hampir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..









 sumber : facebook


Wednesday, December 7, 2011

"Tak Student La Kalau Tak Ponteng Kelas! "






kelas giler tajuk entry aku..hahaha

 
aku malas la nak upload gambar dalam fesbuk sekarang nih, tak tau lah apsal..aku lebih suka upload gambar dalam blog lagi. nanti dah tua-tua boleh la tengok-tengok balik gambar masa memuda duluuu..hehe..tu pun kalau sempat lah kan..wallahhualam..





aku dah taknak letak tajuk 'wordless wednesday' lah kali ni walaupun hari ni hari rabu. lagipun gambar-gambar yang aku upload untuk 'wordless wednesday' macam tak menepati tema jer. gambar bajet lawa je yang aku upload padahal maksud sebenar wordless wednesday ni kena upload gambar yang menceritakan pelbagai maksud ataupun kisah berdasarkan gambar tu then takde caption bagai untuk gambar tu. yang aku ni dah melalut dok cerita pasal orang dalam gambar tu la, ambik dekat mana, dengan siapa..pfffttt..lagipun dah berapa banyak entry wordless wednesday dah. tu je la modal aku nak update blog.






aku sekarang nih sibuk sangat , sibuk sampai dengan slumber badak jer aku ponteng kelas! seminggu pulak tu! aku ponteng pon sebab akak aku kawen, umah aku dengan Tanjung Malim ni kalau naik bas dalam 7 jam baru sampai, takkan la aku nak ulang alik kot, masak jugak la..tiket pegi balik dah dekat lapan puloh hengget dah, rabak jugak kalau nak ulang alik selalu. ni lah realitinya seorang student.. bak kata pepatah 'tak student la kalau tak ponteng kelas'..hahaha




 

























p/s : aku rasa entry aku kali ni melalut ke laut je  (-__-")






ok, assalamualaikum babaiii...





Wednesday, November 30, 2011

Wordless Wednesday - Masa itu emas! tahu??











haaa kau! masa itu emas tahu? jadi jangan buat memain.. ni dah masuk minggu ke-11 dah pun. lagi 3 minggu tolak cuti study week dah nak exam..lepas tu cuti, baru boleh hurayyy hurayyy!







ok, nak sambung buat assignment.. 

p/s : maaf lah dah masuk thursday dah pon. alah, setengah jam je lewat.. pon bolehhh..



ok, babaii :)







Tuesday, November 22, 2011

Wordless Wednesday - Cikgu-Cikgu Hot (pon bolehhhh...) =)




assalamualaikum..







*******************







 *******************






 *******************






 *******************






 *******************









p/s : tahniah buat pasukan bola sepak Malaysia, anda terbaik !







Thursday, November 10, 2011

Kurniaan Allah s.w.t Yang Tak Ternilai





assalamualikum...



entri nie sekadar perkongsian untuk pembaca sekalian..
*yang suka kucing lagi la dialu-alukan : )




kalau orang tanya aku benda apa yang aku tak pernah jemu-jemu and still buat benda yang sama jer dari dulu sampai sekarang aku akan jawab main kucing. tak kisah la main kucing ke, belai ke, dodoikan ke, picit-picit ke aku tak tau la kenapa aku tak pernah jemu walaupun dalam sehari tu seploh kali aku buat benda yang sama. mungkin inilah yang dinamakan anugerah Allah s.w.t : )






dan aku akan rasa pelik sepelik peliknya kalau aku jumpa manusia yang takutkan kucing. tak pernah lah lagi aku dengar kucing boleh makan orang, tu yang aku pelik sangat tu. kalau nak ikutkan aku pun ada jugak binatang yang aku takut macam ular ke, lipan ke, lintah ke. tapi yang tu lain la sebab berbahaya satu, yang satu lagi sebab badan depa berkilat dan takde kaki ! pantang betul aku (-__-)






ini kalau takutkan kucing memang pelik la. diorang tu dah la comel, badan lak berbulu-bulu. sedap hoii buat peluk time tido, nak nak kalau kucing parsi pulak kan..hehe.. 






tu belum tengok aksi diorang lagi. part yang paling aku suka time kucing terkejut, mata tu kalau boleh nak besar sebesar-besarnya, mulut wajib nganga dan yang paling tak-boleh-belah mesti nak melompat setinggi yang boleh ! punya la terkejut yang amat. kucing aku kalau terkejut ni takde lain melainkan aku yang menyakat. hakhakhak..






mata tu dah tak boleh besar lagi ke? :)




kadang-kadang tu aku bersyukur sangat sebab Allah s.w.t mengurniakan perasaan sayangkan kucing ni pada aku. dengan perasaan yang ada ni la aku tak sanggup nak tengok apa-apa benda yang melibatkan penderaan terhadap binatang. aku tak boleh terima sangat-sangat kalau ada yang dera binatang. kadang-kadang tu aku pun ada jugak pukul kucing aku sikit-sikit sebab nak ajar depa, pukul-pukul sayang la lebih kurang, tapi bila depa tunjuk muka comel dekat aku terus sejuk hati aku, dah tak jadi nak marah :)





orang yang bawak bakul tu terus nampak comel sebab bawak kucing ! ^^





kepada yang suka mendera binatang tu, korang ingat la yang korang dera tu binatang yang tak terlawan kudratnya dengan korang. kalau nak tunjuk hebat sangat bukan dekat binatang tempatnya, apa kata korang call mana-mana samseng ajak lawan. ini dekat binatang korang nak tunjuk hebat?? nak potong kaki kucing la, nak simbah dengan air panas la, korang rasa hebat sangat ke buat macam tu?? satu je yang aku boleh pesan dekat golongan macam ni ingat la pembalasan di akhirat nanti.






nie Mok saya ^^





ok lah, tu je nak cakap *dah takde idea sebenarnya* hehe..


babaii...