Friday, January 21, 2011

Tanjung Malim

Assalamualaikum…



entry kali nie aku nak cerita sal kehidupan aku kat Tanjung Malim sejak 4 hari bulan 7, tahun lepas... dengar jer tg.malim, perak  otometik aku pikir "alahai, dekat jer tu, boleh balik kampung slalu" yela, dari perlis ke ipoh baru 5 jam...rupa-rupanya, jangkaan aku tersasar ke jalan yang salah....menurut information yang aku dapat dari sorang member aku nih, (dia orang perak, area manjung kot x silap) dia kata dari perlis ke ipoh 5 jam, pastu dari ipoh ke tg.malim plus 2 jam lagi..(T__T) camna nak bodek mak abah aku untuk anta aku tiap2 kali aku abis cuti sem?camna nie? camna nie?






apa2 pun aku bersyukur sangat2 kepada Allah s.w.t kerana memberikan aku rezeki untuk mencari ilmu kat Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim Perak nie.







 menurut pemerhatian aku mengenai tg. malim nie, terus terang aku cakap pekan Arau, Perlis (kat kampung aku) jauh lebih baik..."pembetulan, nie bukan nak ngutuk tg.malim taw, cuma pembangunan disini perlu ditingkatkan.." kalau nak ikutkan, tg.malim nie dekat sangat2 dengan kl, lebih kurang sejam jer kalau naik bas...tg.malim kan dekat ngan sempadan selangor, rumah aku pun da masuk area selangor, tapi kampus kat perak...wahh! hehehee~







aku bukan la x suka tg.malim, x sama sekali...! cuma aku sebagai seorang student nie mesti la nak kemudahan2 yang sepatutnya..contohnya kedai buku...walaupun x sehebat Popular, MPH bookstore, Kinokuniya ker tapi at least biarlah ada sebuah kedai yang khas untuk student2 cari buku rujukan... walaupun library kitorang 2 agak besar jugak(4 tingkat kot) tapi adakalanya buku yang kitorang nak xder pun dalam library tu..so, kat mana lagi kitorang nak cari..nak g kl? kalo time ptptn x masok lagi camne? pokai la kitorang...







ok, ni bab barang2 keperluan lak..aku rasa nak cari barang2 keperluan kat sini no prob lah....kat sini semua ada, yang x bestnya bab harga la pulak...mahal kemain...first aku g pekan tg.malim pun aku da nampak perbezaan harga antara sini ngan tempat aku...huish, berbeza sesangat...kalau beza sen2 jer xpe, nie sampai ringgit2 kot... -___-







jom tengok2 pekan tg. malim...


 aku slalu suggest kat kawan aku untuk cat bangunan nie bagi nampak cun sikit, tapi kawan aku lak suggest aku sendiri yang catkan... (T__T)






ni la pekan tg.malim, bangunan yang warna hijau tu pasaraya Big 10, yang warna kuning lak GrandBuy..kalo x silap aku GrandBuy nie shopping complex paling besar kat sini...kalau kat perlis shopping complex nie lebih kurang Borong Dinhh (orang Perlis mesti taw kedai ni)....






 stesen bas tg. malim..port yang paling aku suka bila start cuti... :D 






 aku jamin, kalau semua bangunan nie dicat, mesti cun sangat2...






tiap2 ari sabtu ada pasar malam...macam2 adaaaaa....aku agak terkejut jugak la sebab pasar malam kat sini dibukak pukul 2 petang...tempat aku pukul 4 kowt baru bukak..
















sampai sini je la k..
wassalam..





10 comments:

  1. salam...

    singgah folo ur blog..follower ke **6

    moga bejaya dalam pengajian...

    ReplyDelete
  2. salam...
    terima kasih banyak sekamar rindu...
    saya baru 2 bulan dalam dunia blog nie...
    thnks again 4 ur support.. :))

    ReplyDelete
  3. smalh pndangan kita tntang tnjong malim..huhu apa pn..tahniah coz dpt blajar di Upsi..sme2 kita kejar kejayaan brsama..

    ReplyDelete
  4. salam, nak tanya klau bas dri tg malim ke stesyen bas ipoh kita kena naik bas ape? bkan stesyen bas kt ipoh yg buruk tu tau.. stesen bas amnjaya... tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam..bas dari tg.malim ke ipoh banyak, awak pilih je bas apa yang awak rasa selesa..setakat ni saya selesa dgn bas transnasional, tapi bas ni bertolak lewat sikit la dalam pukul 11.30 pagi..bas sri maju bertolak dlm pukul 9 pagi kalau x salah, tapi saya kurang selesa sikit la dgn bas ni..harap dpt membantu serba sikit :)

      Delete
    2. Btw stesen bas medan gopeng yg x berapa nak cantik tu memang dah x guna dah, bas akan berhenti dekat stesen amanjaya, sokayyy jangan risau..hihi.

      Delete
  5. salam,dh alang2 umpunya blog org perlis..ad pertanyaan skt nk tnye..lau bas dari tanjung malim ke perlis ad x???bas ape???mcm mne nk buat lau saya dari tnjung malim nk blik ke perlis...trima kasih atas bantu anda..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam..bas straight dari tg.malim ke perlis memang takde, awk kena naik bas pergi ipoh dulu, dekat ipoh nanti baru naik bas ke perlis..setakat ni saya selalu naik bas transnasional, bab masa memang okay la bas ni..semoga dpt membantu :)

      Delete
  6. salam, bas dari tanjung malim ke kedah ada tak? ke kena ke ipoh jugak dulu ? hehe tq

    ReplyDelete
  7. tg.malim mmg laa. tp kalo nk dibandingkn perak ngn negeri kesayangan awk perlis tu jauh sgt bezanya. haha

    ReplyDelete

ratna mintak tolong komen =)