Saturday, July 30, 2011

Orkid Terbaik Dari Ladang Untuk Dijual...hehehe...




assalamualaikum...



kepada penggemar orkid, pencinta orkid, penggila orkid (errr...) sekalian, di sini saya ada menjual beberapa spesis orkid yang jarang ditemui di Malaysia dan saya yakin ianya 100% terbaik dari ladang. mengikut pemerhatian saya, orkid-orkid ini berkemungkinan ditemui di hutan Amazon! anda tak percaya?? kita terjah untuk mendapatkan suatu kepastian (-__-)



 bunga orkid yang sebesar tapak tangan orang dewasa ini dipercayai telah berusia 88 tahun! hebat bukan?


 bunga orkid ini belum dikenalpasti lagi identitinya (-__-)


 lihat bunga orkid yang berwarna kuning ini..


 dan ini...


 dan ini lagi...*sebenarnya tiada apa yang hendak diperkatakan tentang bunga-bunga orkid yang berwarna kuning ini!


 bunga orkid ini pula dikatakan mempunyai bau! err, bunga orkid ada bau? anda kagum??


 yang ini spesis orkid yang baru ditemui oleh saintis-saintis. orkid ini dikatakan berusia sekitar 21 tahun (-__-)


 orkid ini sangat unik ye tuan-tuan. kedudukan pokoknya menyerupai paku-pakis. tapi jangan tertipu! beliau sebenarnya adalah orkid.


 orkid ini cantik ye tuan-tuan, sampai gambar terpaksa di'blur'kan kerana beliau tersangat cantik macam orkid! (-__-)


 spesis ini juga baru beberapa hari ditemui.


 sila kagum kerana orkid ini sungguh cantik!


 yang ini saya punya pebret. sangat-sangat terbaik dari ladang.


 orkid ini juga menyerupai paku-pakis.





baiklah, sekarang saya persilakan anda semua untuk memberi pelempang seberapa banyak yang anda suka kepada saya kerana semua yang diatas adalah penipuan semata-mata!



**********



muahahaha...sebenarnya aku nak cerita pasal Pameran Pertanian yang aku pi semalam ni. banyak gila wohh pokok orkid kat sana. pokok bunga lain pun ada jugak, pokok buah-buah pun ada jugak. aku ni minat la jugak dengan pokok-pokok bunga ni, bila tengok jer pokok-pokok orkid yang ada kat situ, gila sentap weh, cantikkk kot. semua sihat-sihat belaka lak tu. bunga nak besaq-besaq jer semua.




dekat pameran tu ada jugak depa tunjuk haiwan peliharaan, binatang ternakan, ikan-ikan pun ada jugak. eh, apa beza haiwan dan binatang? lol~


 tu diaaa. anak itik tok wi =)


 ini spesis ayam berbulu kucing (-__-)


 arnab ni berbulu cantik, tapi agak tak terurus.


 tu diaaa persian cat terbaik dari ladang!





 beliau ni muka berlagak macho tak hengat, tapi peramah =)


 masalah kegemukan melampau!














untuk sebarang tempahan, sila emel ke alamat ini - luvlysyana@yahoo.com.my =)




Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak!




wassalam, sayonaraaaa...






Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday - (tak wordless wednesday sangat lah!)






 Assalamualaikum...
 



 apahal muka aku macam mintak pelempang??  (-__-")









ni aku dengan Ain (member aku dekat upsi). kan best kalau boleh bawak balik lepas ngetest tuh. maksud aku tak payah bayar, bawak balik terus! muahahaha...






wassalam, sayonaraaaa....








Sunday, July 10, 2011

Kenapa Ramai Yang Jatuh Cinta Dengan Laksamana Sunan ?






Assalamualaikum...




siapa Laksamana Sunan tu?? kenapa sampai beribu riban orang yang jatuh cinta dengan Laksamana Sunan?? hebat sangat ke Laksamana Sunan tu?




ok, bagi sesape yang belom kenal dengan Laksamana Sunan nih, meh aku nak cerita serba sedikit mengenai beliau =)


Laksamana Sunan ni ialah watak dalam sebuah novel karya penulis terkenal, Ramlee Awang Murshid (RAM) . aku dedulu kalau orang sebut pasal novel RAM jer mesti akan cakap camni "err, takder novel lain ke?". sila maafkan saya kerana sungguh jahil mengenai novel RAM ketika itu. (-__-) 




nak dijadikan cerita dalam tahun 2006, ada sorang member aku perkenalkan novel Bagaikan Puteri karya RAM kat kitorang. reaksi aku lak time tu, "err takper la, ko pinjam la dulu, lain kali aku pulak." (merujuk kepada member aku yang sorang lagi). ok, fine! member aku tu pun bawak balik umah dia then baca novel tuh.


dalam dua tiga hari macam tu lah, si member aku nih datang dan cerita kat kitorang giler best wohh novel tuhh! apahal yang korang berlagak sangat takmau baca hah??  =,=
ok fine, esoknya aku bawak balik novel tersebut. maka bermulalah saat perkenalan aku dengan Laksaman Sunan. ecewahh! =)




mula-mula aku baca novel RAM nih, persepsi aku terus berubah. terus aku jatuh cinta dengan karya karya beliau. yang menariknya pasal novel RAM nih sebab novel novel beliau bercorak ketuhanan. aku terus cakap dekat diri aku "kenapa la baru sekarang aku kenal novel novel yang macam nih?!" :'(


berbalik kepada Laksamana Sunan, meh aku nak cerita serba sedikit mengenai sinopsis novel Bagaikan Puteri. novel nih mengisahkan tentang seorang gadis, Haryani yang agak sosial telah ditimpa kemalangan akibat diragut. Haryani koma selepas kejadian tu. semasa dalam koma tu la rohnya telah terpelanting ke zaman sebelumnya, iaitu abad ke-15. 


pada abad ke-15 nie la terdapat seorang pahlawan yang memperjuangkan diri ke jalan Allah dan berusaha memerangi musuh-musuh Allah yang sentiasa mengajak manusia ke jalan kesesatan. nama sebenar pahlawan ni ialah Saifudin Jalis, tetapi Wali Sufi iaitu bapa asuhannya telah memberikan gelaran Laksamana Sunan kerana dia memiliki ilmu kepahlawanan dan keagamaan yang sangat tinggi. Laksamana Sunan ni antara pahlawan yang digeruni oleh musuh musuh Allah. 


Laksamana Sunan ni merupakan seorang yang sangat merendah diri dan bibirnya sentiasa dibasahkan dengan zikrullah. setiap puji pujian yang diberikan terhadapnya, terus diserahkan puji pujian tersebut kepada Allah s.w.t, kerana Allah jualah yang mengurniakan segala kelebihan yang dimilikinya. 
see?? that's why lah ramai yang cair dengan watak Laksamana Sunan nih. especially aku lah! =)




RAM pulak mengambarkan watak Laksamana Sunan ni sebagai seorang yang mempunyai wajah yang tampan dan bersih kerana wajahnya sentiasa dibasahi dengan wudhuk dan memiliki tubuh yang sasa sebagaimana seorang pahlawan. inilah reason yang paling kuat kenapa wanita wanita diluar sana sudah tangkap cintan sama beliau. hehehe... =)


lepas tu terjadi la pertemuan antara Haryani dan Laksamana Sunan. dalam perjalanan ke kampung Laksamana Sunan, iaitu Kampung Punggor bermacam macam halangan yang dihadapi. dalam menempuhi perjalanan tu lah Haryani telah jatuh cinta terhadap Laksamana Sunan kerana sifat dan tingkah lakunya. 


ada part yang paling kelakar tu time Haryani diculik oleh makhluk halus yang dikenali sebagai Balan Balan (hantu penanggal). Laksamana Sunan pun datang la menghapuskan semua makhluk makhluk tersebut. Haryani yang dalam ketakutan ni terus memeluk Laksamana Sunan, kemain berpeluh abis Laksamana Sunan, first time perempuan peluk dia. terkaku dia kat situ. nasib baik la Djailuh (sahabat Laksamana Sunan) tegur. tak hengat Laksaman Sunan beristigfar. hehehe..


Laksamana Sunan =)


kalau nak tahu ending cerita nih, jangan lupa baca novel Bagaikan Puteri ok. serius, ending dia sangat sedih dan menyentuh perasaan. Laksamana Sunan terpaksa melakukan satu pengorbanan yang dia tak mampu nak lakukan. sedih giler time tu. :"(


atas sambutan hangat yang diterima terhadap novel ni, RAM telah membuat sambungan Bagaikan Puteri, iaitu Cinta Sang Ratu. Cinta Sang Ratu ni pulak mengisahkan tentang musuh Laksamana Sunan, iaitu Ratna Sang Ratu yang telah jatuh hati terhadapnya. Laksamana Sunan telah berjaya membimbing Ratna Sang Ratu ke jalan yang diredhai oleh Allah dan seterusnya memperisterikannya. 






 karya karya RAM =)


disebabkan aku yang tergila gilakan watak Laksamana Sunan nih, maka nama fesbuk dan blog ni sendiri telah aku letakkan nama Ratna. =)


selepas novel Cinta Sang Ratu, muncul lagi sambungan seterusnya iaitu Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi dan yang paling latest Sutera Bidadari. lima buah kesemuanya. mungkinkah sambungan yang ke enam bakal muncul? =) 


eh, kalau sesape yang belum baca novel novel ni pergilah terjah memana kedai buku yang terdekat dengan anda dan dapatkan novel novel nih, ok. serius, tak rugi! sedikit sebanyak novel novel ni dapat mendekatkan diri kita dengan Allah s.w.t (ini berdasarkan pengalaman aku sendiri).


banyak lagi karya karya RAM yang best best. kebanyakan karya karya beliau ni menguji minda para pembaca, banyak elemen elemen suspen, ngeri, seram dan sebagainya. eh, cakap banyak tak guna, jom terjah sendiri blog (RAMFC)  =)


ok lah, ni lah serba sedikit yang dapat aku ceritakan Kenapa Ramai Yang Jatuh Cinta Dengan Laksamana Sunan.


boleh terima tak aku jadi Ratna Sang Ratu? damnnn!!!


korang lak macam mana? apa yang membuatkan ramai yang meminati Laksamana Sunan nih? Jom la kita kongsi sama sama. akhir sekali semoga abang Ramlee Awang Murshid terus melahirkan lebih banyak lagi karya karya yang macam ni. (^__^)




wassalam, sayonara...







Thursday, July 7, 2011

Siapa Matluthfi ? ? ?





Assalamualaikum...



merujuk pada tajuk tu, entri kali ni aku nak cerita pasal seorang vlogger yang tersangat femes di dalam You Tube dengan hanya mengupload video video beliau jer, siapa lagi kalau bukan Matluthfi
=)


aku tau pasal video Matluthfi ni dari page budak cumil Mia Sara Nasuha kat fb. time tu kan tengah femes drama Adam Maya yang ada Lisa Surihani tu, aku pun search la pasal drama ni kat fb, lepas tu terjumpa la satu  video dari Matluthfi, tajuk dia Selamat Hari Ibu 2010. aku pun layan je la. sekali hamek kau aku gelak pecah perut sensorang kat atas tangga (time tu line wifi tak dapat dalam bilik aku, tu yang lepak atas tangga)! giler sempoi mamat nie! serius wohh! ampa tau apa yang dia buat dalam video tu? dia buat satu ucapan khas untuk mak dia sempena hari ibu. sweet ahh! =)




dalam ucapan tu dia cerita dari dia kecik smpai dia besaq apa yang mak dia dah buat untuk dia. yang aku tak tahan tu dia cakap camni " terima kasih jugak kepada mak yang tanam pokok bunga banyak banyak, lepas tu kami adik beradik buat tiang gol pokok tu" muahahaha...kwanghasam hang!


ada part yang dia cerita masa dia kecik kecik dulu mak dia pakai hanger untuk kejut dia adik beradik bangun subuh, tapi dia pi patahkan hanger tuh! ish3...lepas tu mak dia tak pakai hanger plastik dah, mak dia pakai hanger besi wokk! muahahaha...padan muka hang! hang ingat hang terer?!
tu yang buat aku gelak pecah perut tengok video beliau. =)



video video yang dia buat ni bukan just untuk suka suka, tapi video ni untuk bagi kritikan, teguran, pengajaran dan macam macam lagilah. ada satu video tu yang dia buat pasal masyarakat yang suka buang sampah merata rata, bagi aku cara teguran dia tu sangat halus dan menusuk ke kalbulah bagi orang yang suka buang sampah merata rata. aku suka cara dia nak tegur orang, takder la nak memaki hamun bagai. ehh, cakap banyak tak guna, tengok la sendiri. =)





lupa lak nak habaq, Matluthfi ni sekarang tengah study kat Curtin University, Australia dalam bidang architecture. ehem.. =) sebab tu lah kebanyakan scene video video beliau nih dekat luaq negara. hah, satu lagi aku suka video video Matluthfi ni sebab dia cakap utara! dia asal dari Kedah aku asal Perlis, ada chemistry lettewww...muahahaha..


chemistry =)
eh, aku suka la muka dia, like korean guys wohh! gatai!




ni dia masuk rancangan Remaja kat TV9, Maria Elena dengan Anwar Hadi pun ada. depa ni vlogger vlogger femes.




ok lah, kalau berminat nak tengok video video beliau, terjah la sini ok.






wassalam, sayonara...








Wednesday, July 6, 2011

Tuesday, July 5, 2011

Siapa Brader Zack Zukhairi tu?






Assalamualaikum...


Tajuk tuh bukan nak carik publisiti ok. =)

ada yang tak kenal lagi ke brader nih? ok, meh aku nak habaq sikit. brader nih salah seorang bolgger yang sangat femes di dalam blog beliau iaitu Realiti Konspirasi.




sebelum aku kenal beliau, aku dok tertanya tanya jugak "eh, pehal orang dok sebut Zack Zukhairi nih? sapa dia tu?? takkan retisss kot?? tak penah dengaq la pulak ada retisss nama tuh". nak dijadikan cerita housemate aku ni punya minat giler ngan brader nih. wakluuuu...apahal aku sorang jer yang tak kenal brader nih. (-__-)


dah tu, time tu pulak dekat fesbuk femes video katun bulat bulat yang ada nama ZackZukhairi. apakah?? start tu la aku layan video video brader nih, best woo! bila video cintan cintun tu aku rasa perghh! terbaik ahh, sweet kot. =) lepas tu ada satu video yang beliau buat pasal kasih seorang ayah macam tu la tak silap aku, serius bergenang ayaq mata aku. tak tipu! kalau korang nak tengok video-video tu skodeng la blog nih.




lepas tu aku start join dunia blogging. tengok orang hado blog aku pun nak hado gak. muihihi...
start ada blog tu la aku search blog  orang tu blog orang nih nak tengok tengok blog depa cemana sampai la aku jumpa blog ZackZukhairi nih. tak silap aku first entri blog beliau yang aku baca pasal Kelas Sains Darjah Empat. best arr, cool jer. tak merapu tak mengauta bagai. lepas tu semua entri dia aku baca! hamek kau. start tu baru la aku tau pehal orang minat brader nih. tengok follower dia kemain ribu riban, fesbuk pun sama, sampai aku nak add pun tak boleh sebab terlampau ramai orang duk add beliau. nasib baik ah ada page dia, laju je la aku like. ngehehe...




entri dia semua best best, yang aku paling minat sekali entri pasal kucing. ada satu entri ni tajuk dia Kenapa Aku Sayang Kucing, aku tak tipu aku nangis baca entri tu. giler sedih kott! dah tu ada entri yang sampai pecah perut aku gelak, tak silap aku entri pasal member dia, Amai kot nama member dia tu. muahahahaha...yang pasal dia buat taik dekat member dia pun best gak. senang cerita terjah sendiri la blog beliau ok. =)



lagi satu kenapa aku suka blog ni sebab brader nih buat research dulu dekat incik google sebelum dia buat entri. memang entri dia tu sangat berilmiah la, dah tentu tentu la beliau pun berilmiah. dia ni pulak pandai main ngan cik photoshop tuh, maka setiap hujah dia, dia akan buat dalam bentuk lukisan pulak untuk menambahkan pemahaman si pembaca blog beliau, termasuk aku. macam tu ar baru tak boring. *fact : sampai skang aku tak gheti gheti lagi main photoshop CS3.  -__-


 
tu lah serba sikit yang aku tau pasal brader ZackZukhairi nih. tapi beliau dah lama tak update blog, aku dengar dengar dia ada masalah. beriban riban orang mintak dia update blog termasuk aku, tapi tu lah kita tak tau apa masalah dia, so kita berdoa la moga masalah beliau tu setel dan sepantas kilat beliau akan mengupdate blog beliau. =)



oh, ni aku nak habaq... aku tak tau la aku bukak fesbuk arituh aku baca bismillah kot gamaknya, bukak bukak jer notifications ada nih : "ZackZukhairi accepted your friend request!" giler kau, retiss jadik kawan aku tuh...arghhh! pengsan! dalam ribu riban orang dok add dia, dia accept aku wehh! sentap wohh...ngehehe...maybe dia pilih secara rawak jer tuh! prasan lah hang! ok, fine... -__-


(^__^) sentap!!!



p/s sory bro, aku printscreen gambaq tanpa kebenaran. -__-




ok, wassalam, sayonara...




Sunday, July 3, 2011

Selepas kita mati, apa akan jadi pada akaun Facebook kita?





Assalamualaikum...


mari kita renung-renungkan bersama fikir-fikirkan bersama jika satu hari nanti kita mati, akaun facebook ini hanya kita yang tahu password hanya kita yang boleh access.. dan selepas kita mati.. apa yang jadi pada akaun fb kita?



mungkin ada yang akan ucapkan takziah mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu tetapi.. sedarkah kita gambar-gambar kita.. akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur? gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna macam mana nanti?  lelaki ajnabi terus-terusan tengok dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita.. 


walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada.. saham dosa terus meningkat.. macam mana? pernah terfikir tak? tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti? legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita? baju yang membalut aurat itu, bagaimana? 




mungkin kini kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya tapi di akhirnya nanti.. semua itu tidak akan membawa erti semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita..  




cuba kita renung-renungkan, saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat. tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~ jagalah maruah diri sebagai seorang muslim, mati itu pasti, persiapkan diri untuk mati itu perlu..  moga Allah redha dengan perkongsian ini amin~ 








 

renung-renungkan dan selamat beramal :)


sumber : facebook



wassalam, sayonara...