Sunday, July 10, 2011

Kenapa Ramai Yang Jatuh Cinta Dengan Laksamana Sunan ?






Assalamualaikum...




siapa Laksamana Sunan tu?? kenapa sampai beribu riban orang yang jatuh cinta dengan Laksamana Sunan?? hebat sangat ke Laksamana Sunan tu?




ok, bagi sesape yang belom kenal dengan Laksamana Sunan nih, meh aku nak cerita serba sedikit mengenai beliau =)


Laksamana Sunan ni ialah watak dalam sebuah novel karya penulis terkenal, Ramlee Awang Murshid (RAM) . aku dedulu kalau orang sebut pasal novel RAM jer mesti akan cakap camni "err, takder novel lain ke?". sila maafkan saya kerana sungguh jahil mengenai novel RAM ketika itu. (-__-) 




nak dijadikan cerita dalam tahun 2006, ada sorang member aku perkenalkan novel Bagaikan Puteri karya RAM kat kitorang. reaksi aku lak time tu, "err takper la, ko pinjam la dulu, lain kali aku pulak." (merujuk kepada member aku yang sorang lagi). ok, fine! member aku tu pun bawak balik umah dia then baca novel tuh.


dalam dua tiga hari macam tu lah, si member aku nih datang dan cerita kat kitorang giler best wohh novel tuhh! apahal yang korang berlagak sangat takmau baca hah??  =,=
ok fine, esoknya aku bawak balik novel tersebut. maka bermulalah saat perkenalan aku dengan Laksaman Sunan. ecewahh! =)




mula-mula aku baca novel RAM nih, persepsi aku terus berubah. terus aku jatuh cinta dengan karya karya beliau. yang menariknya pasal novel RAM nih sebab novel novel beliau bercorak ketuhanan. aku terus cakap dekat diri aku "kenapa la baru sekarang aku kenal novel novel yang macam nih?!" :'(


berbalik kepada Laksamana Sunan, meh aku nak cerita serba sedikit mengenai sinopsis novel Bagaikan Puteri. novel nih mengisahkan tentang seorang gadis, Haryani yang agak sosial telah ditimpa kemalangan akibat diragut. Haryani koma selepas kejadian tu. semasa dalam koma tu la rohnya telah terpelanting ke zaman sebelumnya, iaitu abad ke-15. 


pada abad ke-15 nie la terdapat seorang pahlawan yang memperjuangkan diri ke jalan Allah dan berusaha memerangi musuh-musuh Allah yang sentiasa mengajak manusia ke jalan kesesatan. nama sebenar pahlawan ni ialah Saifudin Jalis, tetapi Wali Sufi iaitu bapa asuhannya telah memberikan gelaran Laksamana Sunan kerana dia memiliki ilmu kepahlawanan dan keagamaan yang sangat tinggi. Laksamana Sunan ni antara pahlawan yang digeruni oleh musuh musuh Allah. 


Laksamana Sunan ni merupakan seorang yang sangat merendah diri dan bibirnya sentiasa dibasahkan dengan zikrullah. setiap puji pujian yang diberikan terhadapnya, terus diserahkan puji pujian tersebut kepada Allah s.w.t, kerana Allah jualah yang mengurniakan segala kelebihan yang dimilikinya. 
see?? that's why lah ramai yang cair dengan watak Laksamana Sunan nih. especially aku lah! =)




RAM pulak mengambarkan watak Laksamana Sunan ni sebagai seorang yang mempunyai wajah yang tampan dan bersih kerana wajahnya sentiasa dibasahi dengan wudhuk dan memiliki tubuh yang sasa sebagaimana seorang pahlawan. inilah reason yang paling kuat kenapa wanita wanita diluar sana sudah tangkap cintan sama beliau. hehehe... =)


lepas tu terjadi la pertemuan antara Haryani dan Laksamana Sunan. dalam perjalanan ke kampung Laksamana Sunan, iaitu Kampung Punggor bermacam macam halangan yang dihadapi. dalam menempuhi perjalanan tu lah Haryani telah jatuh cinta terhadap Laksamana Sunan kerana sifat dan tingkah lakunya. 


ada part yang paling kelakar tu time Haryani diculik oleh makhluk halus yang dikenali sebagai Balan Balan (hantu penanggal). Laksamana Sunan pun datang la menghapuskan semua makhluk makhluk tersebut. Haryani yang dalam ketakutan ni terus memeluk Laksamana Sunan, kemain berpeluh abis Laksamana Sunan, first time perempuan peluk dia. terkaku dia kat situ. nasib baik la Djailuh (sahabat Laksamana Sunan) tegur. tak hengat Laksaman Sunan beristigfar. hehehe..


Laksamana Sunan =)


kalau nak tahu ending cerita nih, jangan lupa baca novel Bagaikan Puteri ok. serius, ending dia sangat sedih dan menyentuh perasaan. Laksamana Sunan terpaksa melakukan satu pengorbanan yang dia tak mampu nak lakukan. sedih giler time tu. :"(


atas sambutan hangat yang diterima terhadap novel ni, RAM telah membuat sambungan Bagaikan Puteri, iaitu Cinta Sang Ratu. Cinta Sang Ratu ni pulak mengisahkan tentang musuh Laksamana Sunan, iaitu Ratna Sang Ratu yang telah jatuh hati terhadapnya. Laksamana Sunan telah berjaya membimbing Ratna Sang Ratu ke jalan yang diredhai oleh Allah dan seterusnya memperisterikannya. 






 karya karya RAM =)


disebabkan aku yang tergila gilakan watak Laksamana Sunan nih, maka nama fesbuk dan blog ni sendiri telah aku letakkan nama Ratna. =)


selepas novel Cinta Sang Ratu, muncul lagi sambungan seterusnya iaitu Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi dan yang paling latest Sutera Bidadari. lima buah kesemuanya. mungkinkah sambungan yang ke enam bakal muncul? =) 


eh, kalau sesape yang belum baca novel novel ni pergilah terjah memana kedai buku yang terdekat dengan anda dan dapatkan novel novel nih, ok. serius, tak rugi! sedikit sebanyak novel novel ni dapat mendekatkan diri kita dengan Allah s.w.t (ini berdasarkan pengalaman aku sendiri).


banyak lagi karya karya RAM yang best best. kebanyakan karya karya beliau ni menguji minda para pembaca, banyak elemen elemen suspen, ngeri, seram dan sebagainya. eh, cakap banyak tak guna, jom terjah sendiri blog (RAMFC)  =)


ok lah, ni lah serba sedikit yang dapat aku ceritakan Kenapa Ramai Yang Jatuh Cinta Dengan Laksamana Sunan.


boleh terima tak aku jadi Ratna Sang Ratu? damnnn!!!


korang lak macam mana? apa yang membuatkan ramai yang meminati Laksamana Sunan nih? Jom la kita kongsi sama sama. akhir sekali semoga abang Ramlee Awang Murshid terus melahirkan lebih banyak lagi karya karya yang macam ni. (^__^)




wassalam, sayonara...







42 comments:

  1. he3...currently saya baru start mengenali laksamana sunan(bagaikan bidadari)..tak tahulah bila nak habis baca sebab komitmen stdy..:)
    best!!!tak sabar nak beli novel lain..
    jemput2 singgah blog shida nnt..:)

    ReplyDelete
  2. haha.. ok laa tue.. mmg best pun cter tue.. ;p teruskan membaca...

    ReplyDelete
  3. shida : ha'ah, memang best giler novel2 nih...pstikan ckup sumer siri tau..hehe..btw thanks ya sudi singgah sini.. :)

    ReplyDelete
  4. roket kertaz : mmang best sngt..da abis sumer siri, tngah tnggu nvel RAM yg bru lak..thanks jgk sudi singgah sini.. :)

    ReplyDelete
  5. As Salam,

    Sebuah epik yang hebat.Sekali baca,berkali2 ulang..hehe~tp,Sutera Bidadari masih tak dpt beli lagi..huhux...

    p/s : wyna lg suka Haryani & Saifuddin.
    ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sme jgkk. 8 tahun peminat novel Laksamana sunan dri zman skolah. Da abiz skolah pon ttap mnat nk tawu smbungannya. Waniee kitee pon minat jgk haryani dari sang ratuu.. Hee ^^

      Delete
  6. salam Wyna...yup2, best sngat...sy pn da lupa brapa kli ulang..hehe =)
    eh, sama la kite, sy pn lbih suka Haryani dgn Sunan.. :)

    ReplyDelete
  7. tackle ratna, akan dapat sunan dll... he he

    ReplyDelete
  8. Akan diterbitkan novel & filem kisah cinta CINTA SANGKULANA yang amat menyentuh hati & qalbu.. Semua perempuan akan tangkap leleh.. menangis tersedu2..

    ReplyDelete
  9. adi : kalau tackle sunan dapat apa lak? hehe

    ReplyDelete
  10. anonymous : tolong bagitau saya ye bila tarikh diterbitkan.. ^^

    ReplyDelete
  11. watak laksamana sunan~
    sgt sempurna...nmpak mcm xcacat lgsung..
    mcm watak novel laen~~but once cinta sufi kuar!!
    rs chenta kt saifudin smakin mjadi2 hahahahhah~!!
    kelemahan sebagai manusia yg ditonjolkan by ram utk watak saifudin menutup kecacatan watak sempurna dia sebelum ni~!!!!

    ReplyDelete
  12. betul tu, kita sebagai manusia takde yang betul2 sempurna sehingga tiada cacat cela langsung..tahniah Ramlee Awang Murshid :)

    ReplyDelete
  13. Rangkaian citer yang best gilerrrr.......... hingga terasa ingin bertemu laksamana sunan...

    ReplyDelete
  14. terbaik.. suka karya ram.. byk gak novel dia selain trilogi sunan ni yang bes. ex; hatiku harajaku

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kebnyakan novel2 RAM best2 kan..tak rugi langsung kalau beli :)

      Delete
  15. *sebagai manusia saya sayang padamu....hmm saya pun teringin nak jumpa Laksamana Sunan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebagai manusia, saya sayang sunan..eh? :')

      Delete
  16. <3 laksamana sunan. Saya nak jadi ratna kedua boleyh syazana ? hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh2, sunan kan hak milik kita bersama..eh, eh?? hihi

      Delete
  17. Awan... Kalau dapat ku gapai, maka saktilah hamba.. Laksamana Sunan, seorang hamba yg sentiasa membiarkan percaturan hidupnya kepada takdir yg telah direncanakan oleh Allah. Sentiasa pasrah, bertawakkal dan berserah. Itulah yg patut 'kita' contohi.

    ReplyDelete
  18. sunan...moga ada lagi novel epik sepertinya..yang mengangkat wira melayu kedah pula..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin juga mengangkat heroin dari Perlis jugak? haha

      Delete
  19. Aduhaiiii.. jadi teruja pulak membaca sinopsis serba ringkas tentang biografi Laksamana Sunan..

    Dalam hati ada cemburu.. uhuk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau cemburu cepat pergi cari Bagaikan Puteri, jumpalah Laksamana Sunan kat situ..eh? :')

      Delete
  20. sambungan yg ke-6 dah keluar .. tajuk nye MAGIS .. tapi novel tu adalah kesinambungan untuk 5 karya RAM iaitu LAKSAMANA SUNAN , HATIKU DI HARAJUKU , MIKHAIL , TOMBIRUO dan MANDATORI .. memang terbaik .. :)

    ReplyDelete
  21. Da bca sunan musafir? pengakhiran utk kisah sunan rsanya

    ReplyDelete
  22. x sabar tunggu sunan nanggroe sang kembara~~:)

    ReplyDelete
  23. Sunan Nanggroe Sang Kembara.. ada sambungan lagi rupanya..... punya lah slow2 saya baca sebab ingatkan ni kisah terakhir Laksamana Sunan... hehehe... tapi seronok sgt bila tau ada lagi sambungan... ohhh RAM, tolonglah siapkan cepat2 sambungannya.. taksabar nak jumpa Sunan walaupun melalui bacaan... huhuhu... "sebagai manusia, saya sayang padamu"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudari liana, buku terbaru iaitu sunan dh ada dI pasaran ya?

      Delete
  24. Assalamuailaikum! Alhamdulilah sy dh baca epik thriller bagai kan puteri! Hebat! :-)

    ReplyDelete
  25. sy tgh baca bagaikan putri utk kali yg ke2

    ReplyDelete
  26. Aku Rindu pd sunan.....saifudin....dendam itu bara...marah itu api...sebagai manusia aku syg pdmu...

    ReplyDelete
  27. Indah nian ciptaan Allah... Serasa ingin benar ku bertemu duhai sang pahlawan terbilang....
    Ingin kutatap wajahmu...mencari hakikat sbnr kewujudan mu...
    Mungkin inilah yg dinamakan bakat n anugerah dr yg maha pencipta kpd insan bnama RAMLEE AWANG MURSHID.... Bisa menerobos jauh ke dasar hati mencipta cinta dr bait2 kata... Smua keindahan milikMu jua... Rabbul Izzati.... "sbagai manusia, aku syg pdmu...."

    ReplyDelete
  28. Sy x brksmpatan nk bce kesinambugan strusnye..hny mmpu bce stakat hijab sang pncinta..cdey~~~ :-(
    Tp seriusly bce novel2 RAM btol2 menusuk kalbu..smpai fefeeling nangis2...mrasakn sifat sunan yg brgntung hrap kpd Allah...

    ReplyDelete
  29. Hi! I bakal peminat siri Laksamana Sunan. Hewhewww! Dekat link ni http://bit.ly/1aYKnlO I share urutan siri Laksamana Sunan dari siri pertama (2005) hinggalah ke siri paling latest (2014). Jemput usha ok! HEHE

    ReplyDelete
  30. sya bru jeh baca novel Ni...bes nya cerita Ni...Dan kadang2 wujud satu soalan d dlm fikiran sya...is this novel really exist I mean laksamana sunan...???

    ReplyDelete
  31. Baru 2thn ni saya mngenali laksamana sunan....mmg btul2 jatuh hati...cair terus....
    Kesemua novel koleksi sunan saya dah dpt...8 buah novel kesemuanye
    Bc dr mula....baru fhm kisah saifudin...kne fitnah pastu tu kne jual dgn lanun darat
    Lalu dmerdekakan di tanah rencong dan djadikn ank asuhan Wali Sufi
    Dr situ bermula la khidupn seorang sunan...

    ReplyDelete
  32. Baru 2thn ni saya mngenali laksamana sunan....mmg btul2 jatuh hati...cair terus....
    Kesemua novel koleksi sunan saya dah dpt...8 buah novel kesemuanye
    Bc dr mula....baru fhm kisah saifudin...kne fitnah pastu tu kne jual dgn lanun darat
    Lalu dmerdekakan di tanah rencong dan djadikn ank asuhan Wali Sufi
    Dr situ bermula la khidupn seorang sunan...

    ReplyDelete
  33. saya pun minat kat novel2 tulisan RAM. Laksamana Sunan yang awsome sbb penulis ni berfikir diluar kotak. i like.

    ReplyDelete
  34. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum. Tumpang iklan sekejap ye admin. Saya ada pemjual kelapan-lapan siri LAKSAMANA SUNAN;
    1. Bagaikan Puteri, RM 19.90
    2. Cinta Sang ratu, RM 19.90
    3. Hijab Sang Pencinta, RM 19.90
    4. Cinta Sufi, RM 19.90
    5. Sutera Bidadari, RM 22.00
    6. Sunan Musafir, RM 22.00
    7. Sunan, Nanggroe Sang Kembara, RM 23.00
    8. Sunan Cinta Nan Sakti, RM 30.00

    Boleh survey di saya punya pages https://www.facebook.com/KC.ReadOn/photos/?tab=album&album_id=986101984820572
    Jangan malu, Jangan segan. Hanya perlu pm/whatsapp saya di 017-2256654 utk pembelian.
    Terima kasih :)

    ReplyDelete

ratna mintak tolong komen =)