Saturday, July 30, 2011

Orkid Terbaik Dari Ladang Untuk Dijual...hehehe...




assalamualaikum...



kepada penggemar orkid, pencinta orkid, penggila orkid (errr...) sekalian, di sini saya ada menjual beberapa spesis orkid yang jarang ditemui di Malaysia dan saya yakin ianya 100% terbaik dari ladang. mengikut pemerhatian saya, orkid-orkid ini berkemungkinan ditemui di hutan Amazon! anda tak percaya?? kita terjah untuk mendapatkan suatu kepastian (-__-)



 bunga orkid yang sebesar tapak tangan orang dewasa ini dipercayai telah berusia 88 tahun! hebat bukan?


 bunga orkid ini belum dikenalpasti lagi identitinya (-__-)


 lihat bunga orkid yang berwarna kuning ini..


 dan ini...


 dan ini lagi...*sebenarnya tiada apa yang hendak diperkatakan tentang bunga-bunga orkid yang berwarna kuning ini!


 bunga orkid ini pula dikatakan mempunyai bau! err, bunga orkid ada bau? anda kagum??


 yang ini spesis orkid yang baru ditemui oleh saintis-saintis. orkid ini dikatakan berusia sekitar 21 tahun (-__-)


 orkid ini sangat unik ye tuan-tuan. kedudukan pokoknya menyerupai paku-pakis. tapi jangan tertipu! beliau sebenarnya adalah orkid.


 orkid ini cantik ye tuan-tuan, sampai gambar terpaksa di'blur'kan kerana beliau tersangat cantik macam orkid! (-__-)


 spesis ini juga baru beberapa hari ditemui.


 sila kagum kerana orkid ini sungguh cantik!


 yang ini saya punya pebret. sangat-sangat terbaik dari ladang.


 orkid ini juga menyerupai paku-pakis.





baiklah, sekarang saya persilakan anda semua untuk memberi pelempang seberapa banyak yang anda suka kepada saya kerana semua yang diatas adalah penipuan semata-mata!



**********



muahahaha...sebenarnya aku nak cerita pasal Pameran Pertanian yang aku pi semalam ni. banyak gila wohh pokok orkid kat sana. pokok bunga lain pun ada jugak, pokok buah-buah pun ada jugak. aku ni minat la jugak dengan pokok-pokok bunga ni, bila tengok jer pokok-pokok orkid yang ada kat situ, gila sentap weh, cantikkk kot. semua sihat-sihat belaka lak tu. bunga nak besaq-besaq jer semua.




dekat pameran tu ada jugak depa tunjuk haiwan peliharaan, binatang ternakan, ikan-ikan pun ada jugak. eh, apa beza haiwan dan binatang? lol~


 tu diaaa. anak itik tok wi =)


 ini spesis ayam berbulu kucing (-__-)


 arnab ni berbulu cantik, tapi agak tak terurus.


 tu diaaa persian cat terbaik dari ladang!





 beliau ni muka berlagak macho tak hengat, tapi peramah =)


 masalah kegemukan melampau!














untuk sebarang tempahan, sila emel ke alamat ini - luvlysyana@yahoo.com.my =)




Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak!




wassalam, sayonaraaaa...






2 comments:

ratna mintak tolong komen =)