Friday, July 1, 2011

Senior-Junior, Tak Baik Gaduh - Gaduh . . . Apa Pun Tak Bolehhh . . .




Assalamualaikum…


Ni aku nak cerita pasal senior-senior dan junior-junior aku. Walaupun aku tengah cuti sem sekarang nih, tapi aku tau semua hal yang jadi kat sana. Agak menyedihkan jugak la benda ni. Tapi aku confirm semua U mesti ada masalah ni kan. Masalah berkaitan dengan junior yang naik kepala. Cuba kau bayangkan kau sekarang ni senior, tetiba masuk lak si junior yang naik kepala kau. Kau marah tak? Mesti punya la.




Yang jadi masalah sekarang, dak-dak  junior ni main muzik tak hengat dunia. *info dari fesbuk. Ada satu status tu yang aku baca dia kata lepas azan maghrib terus dengar dak-dak muzik ni memekak. Agak-agak ar derr. Walaupun aku tak terbabit sama dalam masalah diorang, tapi kau respect la sikit time-time maghrib cenggitu. Kau tau tak si syaiton tengah bersuka ria tengok kau??  Apa salahnya kalau kau tunggu lepas solat isyak ke nak melalak tu, sempat la jugak kau berzikir-zikir dulu lepas maghrib. Aku dengan kawan-kawan aku pun kalau nak buat discussion mesti  kitorang tunggu lepas solat isyak, sebab senang. Kalau balik lewat pun boleh terus tido jer. 


Kolej kediaman kitorang ni ada tiga blok apartment. Satu blok laki dan dua blok perempuan. Jarak antara ketiga-tiga blok ni memang dekat jer. Satu blog ada sembilan tingkat, tempat yang selalu student-student buat discussion dekat foyer setiap blog. Kalau ada majlis-majlis macam ceramah ke dekat bawah, aku memang tak turun la, dari atas rumah pun dah bleh dengar, jelas lagi. Daripada bersesak-sesak kat bawah, lebih baik aku duduk dekat balkoni umah aku tu jer. 


Ok, back to the point, yang jadi masalahnya sekarang, si dak-dak junior kos muzik ni berlatih main muzik dekat foyer ni la. Kalau diorang pasang radio jer pun memang bleh dengar la sebab bangunan kat sini tinggi-tinggi dan dekat-dekat, so bunyi akan jadi bergema, tu yang menambahkan tahap kebisingan tuh. Tu baru radio, ce kau bayangkan kau pukul drum, mau terbangun orang yang tengah sesedap rasa dok tidoq tau. Aku nak cakap lebih-lebih pun, aku bukan terbabit pun dalam situasi depa tu, ni just pendapat aku je la. Menurut senior-senior yang tak puas hati dekat dak-dak junior ni, depa kata kalau setakat nak main muzik tu sampai pukul sebelas ke doblas ke ok la lagi, ni sampai pukul 2, 3 pagi. Aku pun hangin, orang lain pun nak buat assignment gak.












 ni komen dari dak-dak junior





Tu bagi pihak senior cakap, bagi pihak junior pulak depa kata depa bukan sesuka hati je nak melalak tak tentu pasal. Tu semua assignment depa. Bilik jamming depa belom siap lagi, sebab tu la depa main dekat foyer-foyer jer. Depa dah buat surat dekat pihak U dan dekat pengetua kolej sendiri, dan depa dah dapat kelulusan untuk main muzik dekat foyer sementara bilik jamming depa siap. so, senior-senior pun kena faham la situasi diorang ok. Moralnya, dalam apa-apa hal yang melibatkan dua pihak, pastikan kita dengaq pendapat dari dua-dua pihak tersebut. Kemudian barulah boleh judge mana yang betul dan sebaliknya, ok.  ^^


Yang satu lagi masalah pasal dak-dak junior ni, depa main lif la pulak. *Sumber ni aku dapat dari senior dalam fesbuk. Aku boleh tergelak lak baca status depa nih, awat hang takdak keja lain dah ka yang hang dok pi main lif tu? Ni jakun ke hapa nih? Apa pun tak bolehh..ngehehe..
ang bayangkan ada senior dok kalut-kalut nak pi kelas, lepastu dak-dak junior lak buat taik main lif! Haremm jadd sungoh…muihihihi…tau la kat kampung ampa takdak lif bagai, tapi tolongla matang sikit, ampa semua ni kan bakal cikgu..ish..ish…ish..

LOL~ muahahahaha... :D




Ok lah, aku nak pesan kat depa semua tolong la hormat masing-masing. Tak semestinya kau senior kau tak mau hormat junior, dan tak semestinya kau junior kau nak berlagak otai. So, respect each others ok.



p/s sem depan aku  dah tak duduk kolej, aku duduk umah sewa ngan memember aku tiga orang. Fuhhh…selamat dari gangguan! K, byeee….



 wassalam, sayonara...




2 comments:

  1. like this post...susah kalau junior naik kepala...sudah ada pengalaman & pernah melihatnya sendiri...

    ReplyDelete
  2. susah kalau masing2 nak tunjuk ego..kalau dah senior tu biasa la, mesti nak si junior ni respect diorang, yang si junior ni pandai2 la 'manage'kan diri..kalau senior tu layak di respect kau respect, kalau tak pandai2 la korang pikir apa nak buat..yang senior pon tak payah nak berlagak ke ape, padahal duduk satu U jer.


    *eh, teremo la pulak!*

    ReplyDelete

ratna mintak tolong komen =)