Thursday, July 7, 2011

Siapa Matluthfi ? ? ?





Assalamualaikum...



merujuk pada tajuk tu, entri kali ni aku nak cerita pasal seorang vlogger yang tersangat femes di dalam You Tube dengan hanya mengupload video video beliau jer, siapa lagi kalau bukan Matluthfi
=)


aku tau pasal video Matluthfi ni dari page budak cumil Mia Sara Nasuha kat fb. time tu kan tengah femes drama Adam Maya yang ada Lisa Surihani tu, aku pun search la pasal drama ni kat fb, lepas tu terjumpa la satu  video dari Matluthfi, tajuk dia Selamat Hari Ibu 2010. aku pun layan je la. sekali hamek kau aku gelak pecah perut sensorang kat atas tangga (time tu line wifi tak dapat dalam bilik aku, tu yang lepak atas tangga)! giler sempoi mamat nie! serius wohh! ampa tau apa yang dia buat dalam video tu? dia buat satu ucapan khas untuk mak dia sempena hari ibu. sweet ahh! =)




dalam ucapan tu dia cerita dari dia kecik smpai dia besaq apa yang mak dia dah buat untuk dia. yang aku tak tahan tu dia cakap camni " terima kasih jugak kepada mak yang tanam pokok bunga banyak banyak, lepas tu kami adik beradik buat tiang gol pokok tu" muahahaha...kwanghasam hang!


ada part yang dia cerita masa dia kecik kecik dulu mak dia pakai hanger untuk kejut dia adik beradik bangun subuh, tapi dia pi patahkan hanger tuh! ish3...lepas tu mak dia tak pakai hanger plastik dah, mak dia pakai hanger besi wokk! muahahaha...padan muka hang! hang ingat hang terer?!
tu yang buat aku gelak pecah perut tengok video beliau. =)



video video yang dia buat ni bukan just untuk suka suka, tapi video ni untuk bagi kritikan, teguran, pengajaran dan macam macam lagilah. ada satu video tu yang dia buat pasal masyarakat yang suka buang sampah merata rata, bagi aku cara teguran dia tu sangat halus dan menusuk ke kalbulah bagi orang yang suka buang sampah merata rata. aku suka cara dia nak tegur orang, takder la nak memaki hamun bagai. ehh, cakap banyak tak guna, tengok la sendiri. =)





lupa lak nak habaq, Matluthfi ni sekarang tengah study kat Curtin University, Australia dalam bidang architecture. ehem.. =) sebab tu lah kebanyakan scene video video beliau nih dekat luaq negara. hah, satu lagi aku suka video video Matluthfi ni sebab dia cakap utara! dia asal dari Kedah aku asal Perlis, ada chemistry lettewww...muahahaha..


chemistry =)
eh, aku suka la muka dia, like korean guys wohh! gatai!




ni dia masuk rancangan Remaja kat TV9, Maria Elena dengan Anwar Hadi pun ada. depa ni vlogger vlogger femes.




ok lah, kalau berminat nak tengok video video beliau, terjah la sini ok.






wassalam, sayonara...








2 comments:

  1. sweet...ske gk ngn mamat sowg nih...kelaka hbes an???hehe....

    ReplyDelete
  2. ha'ah, tengok muka dia jer pun kelakar...hehe..btw thanks yer dtg singgah blog x seberapa nie.. :)

    ReplyDelete

ratna mintak tolong komen =)