Monday, August 1, 2011

Penangan Cendol Yang Macam Haremmm !




Assalamualaikum...




semalam keluar berpoya poya dengan my Best Friends Forever, Jan & Nad. plan asal berempat tapi Mie pulak ada hal. yang BFF kami sorang lagi, Pikah ada di perantauan, beliau tak cuti lagi jadi nak tak nak tiga orang pun tiga orang la. kalau tak, lepas ni susah nak jumpa. lepas raya semua dah start kuliah. nama jer tiga orang tapi bab menyembang mengalahkan seploh orang =)


*sory Nad, terlupa nak ambik gambaq Nad* =(



aku dok pot pet pot pet dalam entry ni bukan apa, ni kes semalam punya pasal. lepas teman Jan beli ayaq untuk melantak time bukak puasa esok, kami pun pi la minum-minum kat situ. tengok menu dia perghh terbaik dari ladang kot!







tengok sana tengok sini dekat menu tu, last last semua order cendol jer. lagipun baru lepas makan tadi. alah, minum sambil bergosip biasa la tu derr  ^^,



dalam seploh minit cendol pun sampai. kami tambah french fries sebagai add-on. perghh dia punya cendol! ber'layer layer' wokk. 




sekali sedut - "wah! terbaik dari ladang" (JAN)

dua kali sedut -  "errr..tak sia-sia kita order cendol ni oii" (AKU)

berkali-kali sedut - "bluwekkk!!!" (JAN & AKU)

"lepas minum cendol ini, saya terasa seperti mahu melempang muka anda Jan!" (AKU)
(-__-)

penangan cendol punya pasal, terus keluar ayat tak boleh blah aku nih!




tengok rupa kemain, tapi hampeh. susu tu banyak sangat depa letak sampai pening sat kepala kami tiga orang! jalan nak balik pun terhuyung hayang. yang si Jan boleh pulak sakit gigi. adehh!



lepas ni sumpah tak mau minum dah cendol kat situ. SERIK. nasib baik la boleh lagi pi terawih malam tadi.



tu la orang cakap, "don't judge a book by it's cover"... kan dah kena (-__-")




ok la, ni ada lebih kurang dua jam lagi sebelum berbuka. 




Selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat Islam. 





wassalam, sayonaraaa...







No comments:

Post a Comment

ratna mintak tolong komen =)