Monday, October 31, 2011

Siapa Nak Belajar Editing Gambar Tu Boleh la Cari Saya ! mwahahahaha...

 pangggggg..!!!
edit pun dah macam hidup segan mati takmau ada hati nak ajar orang (-__-")













 



















****************************



entri takde motif sebenarnya ni. saja aku nak upload gambar yang aku edit pakai tettt... cer teka? sambil-sambil tu nak show off aktiviti-aktiviti yang agak berpekdah jugak la yang aku buat dalam bulan Oktober ni haa. *bukan senang aku nak buat aktiviti-aktiviti berpekdah ni*





yang gambar atas sekali tu aku dekat sawah berdekatan dengan tempat kelahiran mak aku dedulu. cer kagum tengok.. pangggg!




gambar yang aku pakai baju kuning tu gambar masa aku pegi Kem Air dekat Sungai Perak. memang terbaik dari ladang la. first time aku berkayak dan ber'rafting'. syok giler engkau! tapi aku takde gambar masa tengah berkayak tu, sebab diorang tak benarkan. kalau camera rosak masuk air sendiri tanggung la derr..





ok, assalamualaikum babaii....





p/s engkau hado entri takde motif macam aku? hadooo?? 






Tuesday, October 18, 2011

Wordless Wednesday - Rewang Cara Kami =)

















 












*umah jiran sobolah*





















*gambar nasi goreng yang dah siap lupa nak snap, lapar punya pasal..hehe.. =)





assalamualaikum, babaii...





Saturday, October 15, 2011

Lawak-Lawak Sengal Di Facebook

 
 
sekarang ni memang musim orang post lawak-lawak sengal dekat fesbuk eh? ke aku sorang jer yang perasan? kekadang tu ada yang post lawak yang betul-betul sengal, boleh tergelak kehkeh aku depan laptop nih. ada tu yang tak lawak langsung, lebih kurang lawak bodoh la.. yang lawak porno pun ada jugak, lagi la tak boleh blah. ntah hape-hape (-___-')


yang post cerita pasal hari kiamat, pasal kesan-kesan pakai contact lens la, pasal Memey dengan Norman la, pasal video tu video ni. kadang-kadang tu naik semak pulak news feed aku. tapi yang kearah keagamaan tu bagi aku ok la sebab secara tak langsung boleh la aku muhasabah diri aku yang tak termunasabah sebelum ni. terima ksih la kepada sesapa yang post pasal tu. hehe...
* ni ada aku copy paste lawak yang aku rasa memang sengal la. jom baca kat bawah ni haa..
 
 
 Antara soalan bodoh yang selalu ditanya. sure korang sume pernah berdepan dengan situasi macam ni kan? hakhakhak...
 1. Bila org nampak anda baring tutup mata:

S: Ko tidur ke?

J: Tak lah, aku tgh training mcm mana nak mati la..


 
2. Imagine anda bawa tv anda yg rosak ke technician untuk repair dan dia masih juga tanya:

S: Mahu repair tv ke?

J: Tak lah, aku boring je, jadi aku bawa la tv aku ni gi jalan-jalan sini.


 
3. Bila time hujan kawan anda nampak anda keluar, dia tanya:

S: Ko kluar time hujan ni?

J: Eh tak lah, hujan turun lagi sekali baru aku kluar.


 
4. Time ko baru bangun tidur.....

S: Ko dah bangun?

J: Ish, aku tidur sambil jalan ni! 


 
5. Kawan anda call ke telefon rumah anda:

S: Ko kat Mana?

J: Kat pasar malam ni! 

   
6. Kawan anda nampak anda keluar dari bilik mandi basah-basah:

S: Ko baru mandi ke?

J: Mana ada, aku terjatuh dlm lubang tandas lah !


 
7. Anda bediri di dlm lift di tingkat paling bawah sekali tiba-tiba ada orang tanya:

S: Going up ke?

J: Eh tak lah, saya tengah tunggu apartment saya turun ni. 


 
8. Boyfren anda pegi rumah anda bawa sejambak bunga. And anda masih juga tanya dia:

S: Eeeh,bunga ke tu?

J: Tak la sayang! Sawi dengan kubis lah ni.


 
9. Anda di dlm toilet, pintu bekunci, tiba-tiba ada orang ketuk pintu dan dia tanya:

S: Ada orang tak?

J: (Suara Kiut) Takde orang! Tahi yang becakap ni!!
 
 
 
**********************
 

 
APA AKAN JADI.. Kalau binatang ada facebook .. agak-agak apa status mereka ?
NYAMUK : Baru habis ronda rumah Caid .. kenyang burrrpp, alhamdulillah!

 
CICAK : Isteriku tersepit kat celah pintu .. sobs3~

KUCING BETINA: Anak I yg ke-5 baru tanya sapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa..

AYAM : Kawan .. kalau esok aku tak update.. bererti aku dah digoreng..I luv u all jgn lupa wat kenduri arwa......h utk aku ya…

 
NYAMUK: Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS…uwaaaaaaa~

 
KUCING: Baru je add awek sebelah umah…keturunan PARSI beb!!!

 
BABI : Aku bengang betoi la...dia pijak taik kucing tapi nama aku yang dia sebut...wei bro! lain kali siasat dulu la siapa yang berak kat depan umah hang..tension arr camni!
 *status babi tu paling tak-boleh-blah! muahahaha..


kalau korang ada lawak-lawak sengal macam ni jom la kongsi-kongsi : )


ok, assalamualaikum babaii...



Friday, October 14, 2011

Mimpi Yang Annoying !






assalamualaikum readers *kalau ada*




hari ni topik aku lain sikit daripada biasa. ini semalam punya cerita, ahh straight to the point! entri ni aku nak cerita pasal mimpi aku semalam (-__-')





 semalam aku habis kelas awal, pukul 10 dah habis kelas, lepas tu pi fakulti setelkan benda alah bagai then balik umah. petang tu aku tido, time ni tak mimpi lagi, kalau ada pun aku dah lupa la. apahal benda yang kita mimpi cepat je lupa kan? padahal baru lepas bangun pun dah boleh lupa. why? why?





malam tu dalam pukul 2 pagi baru aku tido. engkau tahu aku mimpi apa? aku mimpi jumpa pilot handsome hoii..wakluuu! ntah macam mana ntah boleh pulak kawan baik aku muncul dalam mimpi tu.








alkisahnya aku dengan kengkawan aku dalam mimpi tu naik kapal terbang. naik ni bukan nak pi mana-mana pun, ni jakun punya pasal. aku dengan kengkawan aku ni pun pakat naik la beramai-ramai nak tengok jadah apa la dalam kapal terebang tuh!






aku ni kemain eksaited, bergambar sakan dalam kapal terebang tuh. dalam tuh opkos lah ada pilot yang jaga kan. aku punya eksaited sampai boleh buat tak tahu jer dekat pilot hensem tuh! hahaha..biar betul aku nih??






dalam dok jakun bergambar tu, tetiba aku jumpa pulak meter yang bebanyak dekat dashboard kapal terebang tuh. atas meter tu dia tulis brand Lenovo engkau! aku punya eksaited sampai terjerit-jerit dekat kawan baik aku tu "woii, brand Lenovo ni weh! sama macam laptop aku la ! jom amek gambar weh!" kejadah apa la mimpi aku? hakhakhak..



*toksah peduli editing aku*





dalam dok eksaited bagai tuh, boleh pulak kapal terbang tu hilang imbangan. dia senget ke tepi, sungguh tak logik! *aku rasa mimpi ni macam nak bagi hint je dekat aku suruh kurangkan berat badan* (-__-")





time tu semua dah gabra dah. bayangkan lah kapal terbang yang berat bertan-tan tu boleh senget? tak ke haru namanya. lepas senget ke tepi tu dia boleh pulak senget ke depan. habis pecah cermin depan kapal terbang tuh. dah la aku duduk bahagian depan dengan pilot hensem tuh! tersungkur aku dengan beliau..hahaha..






lepas tu dengan machonya pilot tu bangun then dia cakap "it's okay! calm down okeh". aku yang gabra ni terus cool tengok muka beliau *giler gatal nak mamp..* :D





dah tu si pilot ni pi start enjin lah pulak! sentap-hati-mak-nak! dalam hati tu hepi ada takut pun ada, hepi sebab kapal terbang tu nak terbang, almaklumla tak pernah naik kapal terbang..haha..







tetiba kapal terbang tu dah keluar asap pulak. tak sempat nak terbang pun, habis semua kengkawan aku pakat lari keluar, aku pun blah la. lari punya lari sampai pulak jalan depan umah aku! celah mana mai jalan umah aku tu aku tak tau la. dah tu aku pun nak masuk je la dalam umah, nak dijadikan cerita ada pulak lori minyak tergolek depan jalan umah aku! tak boleh la aku nak lari masuk umah aku.






dah tu boleh pulak aku patah balik pegi dekat kapal terbang yang nak meletup tu. nampak pulak si pilot yang hensem lagi macho ni senyum kat aku sambil dok baiki kapal terbang tuh. jadah apa la mimpi aku nih.





lepas tu sedar-sedar dah pukul 11 pagi dah. haish, spoil betul ! baru nak memulakan bibit-bibit perkenalan dengan si pilot yang hensem lagi macho tuh..muahahaha..






taklah, aku gurau jer..sepatutnya lepas bangun pagi kita kena ucapkan alhamdulillah sebab masih diberi lagi kesempatan untuk menghirup udara pada hari ni. esok atau lusa belum tentu lagi kita dapat menghirup udara ciptaan Allah s.w.t ni ataupun tak.





takde apa yang menarik pun pasal mimpi aku ni, bagi aku menarik la sebab aku jumpa pilot yang hensem lagi macho tuh! kau hadooo mimpi macam aku???..hahaha



credit to google image






ok, babai....



Saturday, October 8, 2011

Mulut Tempayan Bolehla Tutup, Tapi Kalau Mulut Manusia ?





Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI...


Bila jadi baik, ORANG MELUAT...

Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM......

Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAA NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?..."


Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA...

Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN...

Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGOS...

Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR...

Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'...

Bila kita pakai 'dedah sana-sini'.. ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free...

Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!....."

Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?.."...

Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"...

Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"..
 
 
" Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka.. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata.. ingat pesanan ini :- Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula.. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah SWT terhadap kita.. bukan pandangan manusia... "




sumber : facebook
 
 
assalamualaikum, babai...
 
 
 
 

Saturday, October 1, 2011

Menyelongkar Dari Mana Kelekatu Keluar...






tajuk nak gud-gud je kan. ah, lantak! blog aku ke blog anda?





minggu lepas aku pergi kem untuk kursus  Pendidikan Luar. kursus ni ada lebih kurang tiga kem yang kena hadiri untuk lulus dalam subjek ni. 




aku ni dah la jenis manusia yang cukup menyampah kalau bab-bab kem ni, tambah-tambah kem yang ada LDK (Latihan Dalam Kumpulan). memang tahap menyampah aku tu tak tau nak eksplen lah cemana. nak tak nak kena join jugak la kalau tak nak failed (-__-)




nak pegi kem tu berjalan kaki je, tak lama la lebih kurang 5 jam engkau! nak tercabut lutut aku hoii.. pukul 4 bertolak pukul 9 malam baru sampai. dah sampai tu kena dirikan khemah bagi yang lelaki, bagi yang perempuan tu memasak la. buang air pun dalam sungai jer, tapi sungai tu best la, air bersih, cetek dan tak berapa nak jernih sangat la. 





aku punya dahaga malam tu aku minum je terus air sungai tu, air yang aku bawak dah abis. dah naik buncit perut aku kedarah air sungai tu baru la lect bagi warning jangan minum air sungai tu, maybe ada parasit bagai. memang terbaik ahh, dah kenyang aku teguk baru nak warning. tapi alhamdulillah la takde pape hal, cuak jugak aku (-__-)





tu diaaa mukadimah aku. 

baiklah, seteret to de point masa tengah jejalan dalam hutan tu lect suruh kitorang berhenti tengok kelekatu keluar. beribu ribu hoii. lect tu pun terkejut, dia tak pernah lagi tengok kelekatu keluar bebanyak cenggitu. kelekatu ni pulak keluar dari lubang tanah yang kecil, bukan dari dalam pongsu yang macam biasa punya. aku pun kagum gila, hebat sangat ciptaan Allah.





ni ada aku record video, boleh la nampak sikit-sikit.



ok la, tak boleh nak tulis panjang-panjang. ni tumpang tenet dekat kolej jer, nak harap dekat umah sewa aku toksah mimpi la. bayar kemain mahal, tenet langsung tak dapat.



assalamualaikum babai...




Selamat Menyambut Kedatangan Zulkaedah 





sedar tak sedar Syawal dah pun berlalu. moga-moga diberi kesempatan lagi untuk merasai Ramadhan dan Syawal pada tahun depan.