Saturday, October 1, 2011

Menyelongkar Dari Mana Kelekatu Keluar...






tajuk nak gud-gud je kan. ah, lantak! blog aku ke blog anda?





minggu lepas aku pergi kem untuk kursus  Pendidikan Luar. kursus ni ada lebih kurang tiga kem yang kena hadiri untuk lulus dalam subjek ni. 




aku ni dah la jenis manusia yang cukup menyampah kalau bab-bab kem ni, tambah-tambah kem yang ada LDK (Latihan Dalam Kumpulan). memang tahap menyampah aku tu tak tau nak eksplen lah cemana. nak tak nak kena join jugak la kalau tak nak failed (-__-)




nak pegi kem tu berjalan kaki je, tak lama la lebih kurang 5 jam engkau! nak tercabut lutut aku hoii.. pukul 4 bertolak pukul 9 malam baru sampai. dah sampai tu kena dirikan khemah bagi yang lelaki, bagi yang perempuan tu memasak la. buang air pun dalam sungai jer, tapi sungai tu best la, air bersih, cetek dan tak berapa nak jernih sangat la. 





aku punya dahaga malam tu aku minum je terus air sungai tu, air yang aku bawak dah abis. dah naik buncit perut aku kedarah air sungai tu baru la lect bagi warning jangan minum air sungai tu, maybe ada parasit bagai. memang terbaik ahh, dah kenyang aku teguk baru nak warning. tapi alhamdulillah la takde pape hal, cuak jugak aku (-__-)





tu diaaa mukadimah aku. 

baiklah, seteret to de point masa tengah jejalan dalam hutan tu lect suruh kitorang berhenti tengok kelekatu keluar. beribu ribu hoii. lect tu pun terkejut, dia tak pernah lagi tengok kelekatu keluar bebanyak cenggitu. kelekatu ni pulak keluar dari lubang tanah yang kecil, bukan dari dalam pongsu yang macam biasa punya. aku pun kagum gila, hebat sangat ciptaan Allah.





ni ada aku record video, boleh la nampak sikit-sikit.



ok la, tak boleh nak tulis panjang-panjang. ni tumpang tenet dekat kolej jer, nak harap dekat umah sewa aku toksah mimpi la. bayar kemain mahal, tenet langsung tak dapat.



assalamualaikum babai...




Selamat Menyambut Kedatangan Zulkaedah 





sedar tak sedar Syawal dah pun berlalu. moga-moga diberi kesempatan lagi untuk merasai Ramadhan dan Syawal pada tahun depan.




No comments:

Post a Comment

ratna mintak tolong komen =)