Wednesday, November 30, 2011

Wordless Wednesday - Masa itu emas! tahu??











haaa kau! masa itu emas tahu? jadi jangan buat memain.. ni dah masuk minggu ke-11 dah pun. lagi 3 minggu tolak cuti study week dah nak exam..lepas tu cuti, baru boleh hurayyy hurayyy!







ok, nak sambung buat assignment.. 

p/s : maaf lah dah masuk thursday dah pon. alah, setengah jam je lewat.. pon bolehhh..



ok, babaii :)







Tuesday, November 22, 2011

Wordless Wednesday - Cikgu-Cikgu Hot (pon bolehhhh...) =)




assalamualaikum..







*******************







 *******************






 *******************






 *******************






 *******************









p/s : tahniah buat pasukan bola sepak Malaysia, anda terbaik !







Thursday, November 10, 2011

Kurniaan Allah s.w.t Yang Tak Ternilai





assalamualikum...



entri nie sekadar perkongsian untuk pembaca sekalian..
*yang suka kucing lagi la dialu-alukan : )




kalau orang tanya aku benda apa yang aku tak pernah jemu-jemu and still buat benda yang sama jer dari dulu sampai sekarang aku akan jawab main kucing. tak kisah la main kucing ke, belai ke, dodoikan ke, picit-picit ke aku tak tau la kenapa aku tak pernah jemu walaupun dalam sehari tu seploh kali aku buat benda yang sama. mungkin inilah yang dinamakan anugerah Allah s.w.t : )






dan aku akan rasa pelik sepelik peliknya kalau aku jumpa manusia yang takutkan kucing. tak pernah lah lagi aku dengar kucing boleh makan orang, tu yang aku pelik sangat tu. kalau nak ikutkan aku pun ada jugak binatang yang aku takut macam ular ke, lipan ke, lintah ke. tapi yang tu lain la sebab berbahaya satu, yang satu lagi sebab badan depa berkilat dan takde kaki ! pantang betul aku (-__-)






ini kalau takutkan kucing memang pelik la. diorang tu dah la comel, badan lak berbulu-bulu. sedap hoii buat peluk time tido, nak nak kalau kucing parsi pulak kan..hehe.. 






tu belum tengok aksi diorang lagi. part yang paling aku suka time kucing terkejut, mata tu kalau boleh nak besar sebesar-besarnya, mulut wajib nganga dan yang paling tak-boleh-belah mesti nak melompat setinggi yang boleh ! punya la terkejut yang amat. kucing aku kalau terkejut ni takde lain melainkan aku yang menyakat. hakhakhak..






mata tu dah tak boleh besar lagi ke? :)




kadang-kadang tu aku bersyukur sangat sebab Allah s.w.t mengurniakan perasaan sayangkan kucing ni pada aku. dengan perasaan yang ada ni la aku tak sanggup nak tengok apa-apa benda yang melibatkan penderaan terhadap binatang. aku tak boleh terima sangat-sangat kalau ada yang dera binatang. kadang-kadang tu aku pun ada jugak pukul kucing aku sikit-sikit sebab nak ajar depa, pukul-pukul sayang la lebih kurang, tapi bila depa tunjuk muka comel dekat aku terus sejuk hati aku, dah tak jadi nak marah :)





orang yang bawak bakul tu terus nampak comel sebab bawak kucing ! ^^





kepada yang suka mendera binatang tu, korang ingat la yang korang dera tu binatang yang tak terlawan kudratnya dengan korang. kalau nak tunjuk hebat sangat bukan dekat binatang tempatnya, apa kata korang call mana-mana samseng ajak lawan. ini dekat binatang korang nak tunjuk hebat?? nak potong kaki kucing la, nak simbah dengan air panas la, korang rasa hebat sangat ke buat macam tu?? satu je yang aku boleh pesan dekat golongan macam ni ingat la pembalasan di akhirat nanti.






nie Mok saya ^^





ok lah, tu je nak cakap *dah takde idea sebenarnya* hehe..


babaii...



Wednesday, November 9, 2011

Wordless Wednesday - Dunia Sekarang Dah Tak Sama Macam Dulu...


 


Assalamualaikum...



 ~before~





















~after~






kau nak putih? kau nak kulit licin macam bebi? kau nak tinggi? kau nak kurus? semua terpulang pada kau. yang penting kau pandai bab-bab edit mengedit ni. tak pandai guna photoshop, photo lain berlambak lagi kau boleh guna *terasa*






aku tengok sekarang ni orang yang cantik-cantik kemain dok upload gambar diorang masuk dalam fesbuk. kadang-kadang tu upload gambar buat muka 'duck face' lepas tu buat caption guna bahasa 'euuwww' ! kau dah kenapa? nampak sangat desperate nakkan pujian.






phe-lish lah kaum-kaum hawa sekalian, tak payah nak show-off sangat la. tau la korang memang lawa selawa lawanya. tapi perlu ke news feed kitorang dipenuhkan dengan muka duck face engkorang? nak tegur pun dah kawan sendiri kan, takut terasa pulak satu hal. kalau sekali dua kali kau upload tak kisah la, ni dah berpuluh-puluh naik menyampah lah pulak.






eh, aku ni dah kenapa melalut tak tentu pasal. tajuk kemain wordless. WORDLESS la sangat kan.





ok, assalamualaikum..

Thursday, November 3, 2011

JODOH - USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA"






assalamualaikum...







Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. 






Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

 





 Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...

 





Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

 



Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

 





Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!! 




Sumber : Facebook