Thursday, November 10, 2011

Kurniaan Allah s.w.t Yang Tak Ternilai





assalamualikum...



entri nie sekadar perkongsian untuk pembaca sekalian..
*yang suka kucing lagi la dialu-alukan : )




kalau orang tanya aku benda apa yang aku tak pernah jemu-jemu and still buat benda yang sama jer dari dulu sampai sekarang aku akan jawab main kucing. tak kisah la main kucing ke, belai ke, dodoikan ke, picit-picit ke aku tak tau la kenapa aku tak pernah jemu walaupun dalam sehari tu seploh kali aku buat benda yang sama. mungkin inilah yang dinamakan anugerah Allah s.w.t : )






dan aku akan rasa pelik sepelik peliknya kalau aku jumpa manusia yang takutkan kucing. tak pernah lah lagi aku dengar kucing boleh makan orang, tu yang aku pelik sangat tu. kalau nak ikutkan aku pun ada jugak binatang yang aku takut macam ular ke, lipan ke, lintah ke. tapi yang tu lain la sebab berbahaya satu, yang satu lagi sebab badan depa berkilat dan takde kaki ! pantang betul aku (-__-)






ini kalau takutkan kucing memang pelik la. diorang tu dah la comel, badan lak berbulu-bulu. sedap hoii buat peluk time tido, nak nak kalau kucing parsi pulak kan..hehe.. 






tu belum tengok aksi diorang lagi. part yang paling aku suka time kucing terkejut, mata tu kalau boleh nak besar sebesar-besarnya, mulut wajib nganga dan yang paling tak-boleh-belah mesti nak melompat setinggi yang boleh ! punya la terkejut yang amat. kucing aku kalau terkejut ni takde lain melainkan aku yang menyakat. hakhakhak..






mata tu dah tak boleh besar lagi ke? :)




kadang-kadang tu aku bersyukur sangat sebab Allah s.w.t mengurniakan perasaan sayangkan kucing ni pada aku. dengan perasaan yang ada ni la aku tak sanggup nak tengok apa-apa benda yang melibatkan penderaan terhadap binatang. aku tak boleh terima sangat-sangat kalau ada yang dera binatang. kadang-kadang tu aku pun ada jugak pukul kucing aku sikit-sikit sebab nak ajar depa, pukul-pukul sayang la lebih kurang, tapi bila depa tunjuk muka comel dekat aku terus sejuk hati aku, dah tak jadi nak marah :)





orang yang bawak bakul tu terus nampak comel sebab bawak kucing ! ^^





kepada yang suka mendera binatang tu, korang ingat la yang korang dera tu binatang yang tak terlawan kudratnya dengan korang. kalau nak tunjuk hebat sangat bukan dekat binatang tempatnya, apa kata korang call mana-mana samseng ajak lawan. ini dekat binatang korang nak tunjuk hebat?? nak potong kaki kucing la, nak simbah dengan air panas la, korang rasa hebat sangat ke buat macam tu?? satu je yang aku boleh pesan dekat golongan macam ni ingat la pembalasan di akhirat nanti.






nie Mok saya ^^





ok lah, tu je nak cakap *dah takde idea sebenarnya* hehe..


babaii...



No comments:

Post a Comment

ratna mintak tolong komen =)