Saturday, December 31, 2011

Tahun Baru, Header Baru...oooo yeahhh!





assalamualaikum...



hai kawan-kawan...hai rakan-rakan...hai sahabat-sahabat semua..





kepada sesiapa yang sedang baca blog ni, jom luangkan masa sekejap tadah tangan dan ucapkan alhamdulillah, bersyukur kepada Allah s.w.t yang telah memberikan peluang untuk kita merasai tahun 2012 ni..





kebetulan masa tulis entry ni aku tengah dengar lagu Bila waktu telah berakhir - Opick . so, panjatkan lah kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana kita masih lagi bernafas untuk tahun 2012 ni, tapi apabila waktu telah berakhir hanya amal ibadat serta sedekah jariah yang masih kekal hidup. wallahualam.





alhamdulillah, aku masih lagi berpeluang menulis entri untuk tahun 2012 ni, tapi tahun-tahun berikutnya belum tentu lagi akan diberi peluang macam ni. aku memohon ampun kepada Allah s.w.t atas dosa-dosa aku selama ini, dosa-dosa aku  terhadap ibu bapaku serta saudara-maraku.





dan seperti kelazimannya, azam aku untuk tahun ni biarlah aku je yang tahu dan biarlah terlaksana dengan sempurna...aminn..





sempena tahun baru ni, aku ada header baru..huahuahua..
ok, tak lawak. header bodo-bodo aje, kebetulan aku nak buat assignment tadi, lepas tu ada la si syaiton sekor ni hasut aku :


"jadah hape kau buat assignment? lek ahh, buat header blog ke, layan fesbuk ke ada gak pekdah!"

aku : haremm! terpedaya jugak aku. last-last assignment ke mana, study ke mana! syaiton tak guna! -__-




eh, ace tengok header aku..kalau rasa nak buat tempahan tu boleh PM aku..hahaha..







aku google je header ni sebenarnya, lepastu aku tempek gambar aku dengan tulis-tulis sikit..hahaha..keji betul perangai -__-





*harap-harap tuan punya header ni tak jumpa la blog aku! niaya ooo...*





Selamat Tahun Baru Semua... 

Moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Macam ucapan hari lahir lah pulak! ahh lantak...




babaiii....



No comments:

Post a Comment

ratna mintak tolong komen =)