Wednesday, February 8, 2012

Puaka Pulau Pangkor (cerita hantu) - Part 1




assalamualaikum...kumm..kummm.. (bunyi bergema)




jom ambik mood seram dulu 






16 Januari 2012, kira-kira 200 orang pelajar termasuk fasilitator-fasilitator dan pensyarah bertolak ke Teluk Sekadeh, Pulau Pangkor. sebelum bertolak lagi dah ada segelintir pelajar yang tak nak pergi bila difikirkan balik kisah-kisah seram yang diceritakan berlaku disana, tak ketinggalan juga yang beriya-iya nak pergi, maybe diorang ni kuat semangat gamaknya. aku salah sorang yang tak nak pergi disebabkan kisah seram yang diorang cakap mesti terjadi punya, tak kiralah kau abang long ke abang ngah ke kak long kawasan ke mahupun orang biasa.




lebih kurang empat buah bas yang hantar kitorang dari kampus UPSI ke Teluk Muruh. sampai je kat sana kitorang dibawa ke Teluk Sekadeh pulak dengan bot nelayan. tengok muka ketat dengan rambut mengurai abang yang bawak bot tu dah mula terasa effect-effect seram dah. muka student toksah cerita la, pucat tak berdarah semuanya. 


senyuman nak menutup ketakutan



dah sampai ke Teluk Sekadeh, masing-masing kena buat tugas masing-masing mengikut setiap AJK yang dilantik. aku pulak terus ke bahagian dapur sementelah dilantik menjadi AJK makanan, tahu-tahu je aku kuat makan terus letak nama aku dekat AJK makanan. ada yang dirikan khemah, ada yang susun peralatan, ada yang mengarah sana mengarah sini, ada yang hidupkan generator, ada yang buat gajet, pendek kata semuanya 'busy'lah lepas selamat sampai ke Teluk Sekadeh yang ber....... err, ok..ok..




yang ni agak misteri jugak la terjadi dekat aku.. tengah-tengah dok mengupas bawang tetiba akak yang jadi ketua AJK makanan tu panggil aku. ahh, sudah! bawang ni tak payah kupas ke? ke dah cukup dah bawang ni? ke aku silap kupas bawang merah ni? mana tahu diorang nak pakai bawang putih je? macam-macam pertanyaan berlegar-legar dalam kepala hotak aku ni. sekali akak tu cakap :


Akak ketua : SYAZANA....??

Aku : errr...yuppp! can i help you sis ??? (terus keluar speaking aku)

Akak ketua : toksah nak english sangat laa...nak mintak tolong ni.

Aku : theehee..tolong amenda kak?

Akak ketua : tolong masakkan kuah buat makan tengah hari japgi haa..

Aku : lahh, tu je ke? 

Akak : ha'ah, masak untuk 200 ORANG ok? pastikan cukup dan semuanya dapat makan!

Aku : ........ pfffttt! I'll try my best akak  T_T

Akak ketua : oraittt !



sob..sob..sob..memang la aku selalu masak kat rumah, tapi untuk makan satu family je, ni sampai 200 orang masak aku! tapi takpe, ni SYAZANA anak incik HALIM la, takde sape pun yang  tak kenal  aku -_-




tumis sana tumis sini, tadaaaa..dah siap kuah aku. tapi akak tu cakap tak cukup untuk 200 orang makan, aku pun masak la sekali lagi. alhamdulillah, rasa lega sangat bila semua dapat makan. tapi aku tak sempat makan pun kuah tu, dah licin dah sampai akak ketua kena masak sekali lagi untuk yang belum makan. 




yang tak-boleh-belahnya time tengah masak kuah tu, ada abang fasilitator datang tengok aku masak lepas tu dia cakap, "tengok gaya dia masak, ada ciri-ciri keibuan la". lepas tu satu dapur pandang aku atas bawah! nak je aku masuk dalam kuah tu, nasib baik tak muat. nak puji pun puji la time aku tengah basuh pinggan ke, tengah kupas bawang ke, nasib baik tak lajak aku letak garam dalam kuah tu..hahaha








seram tak? seram tak?



Puaka Pulau Pangkor Part 1 




to be continued...




6 comments:

  1. terima kasih kerana seram..wahaha :D

    ReplyDelete
  2. Terkencing2 aku menyorok lam slimut seram punya pasal..demam 18hari non stop..

    ReplyDelete
  3. seram giler.......!!!

    ReplyDelete
  4. Sy orang pangkor, tak pernah pulak dengar nama teluk sekadeh kat pangkor ni..teluk segadas ada laa

    ReplyDelete

ratna mintak tolong komen =)