Friday, February 17, 2012

Puaka Pulau Pangkor (cerita hantu) - Part 2




assalamualaikum...



Ini semua serius ok? serius! seram pun ye jugak, kenapa seram itu nanti aku cerita. kalau nak tahu kenapa serius nah baca INI dulu.




bukan apa, ada yang nganjng aku cakap "eh, jadah apa entri kau tu? puaka la sangat! wakakaka". Takpe-takpe, kau gelak la puas-puas dulu ok -_-





kita sambung balik cerita hari tu. first aktiviti group aku (kumpulan 8), kitorang kena buat aktiviti Kem Kraf 2. ok, Kem Kraf 2 ni aktivitinya adalah memasak. aku ulang sekali lagi 'memasak'. tak habis-habis memasak je kerja aku, tapi kali ni memang happening and fun lah bak kata omputih. best masak dengan bebudak group aku yang majoriti lelaki ni. aku memula tu macam tak berapa konfiden sangat dengan bebudak ni, biasa la lelaki kan, selalu ke masuk dapur kat rumah tolong mak? boleh ke nak kupas bawang, kupas ubi kentang, siang ikan ayam segala-galanya lah. dah tu masa kat dapur tu semua nak tanya aku, nak buat apa ni kak? bawang ni potong macam mana? air ni nak bancuh macam mana kak? -_- 
tapi diorang memang cekap buat kerja, tup tap tup tap dah siap!






yang ni satu lagi benda yang agak 'puaka' jugak la. masa nak masak makan tengah hari tu, aku pergi la dekat sekumpulan bebudak lelaki kat bahagian belakang dapur, nak tengok apa yang diorang buat macam best je gaya. diorang tengah siang ikan rupanya, comel pulak aku tengok ^^ 
dah kebetulan aku takde kerja time tu aku mintak la ikan yang dah disiang, nak basuh. memula aku basuh sekor, basuh lagi, basuh lagi...yang sekor ni apsal lain macam je, seram sejuk dah aku. lepas tu tetiba pulak angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, sayup-sayup je dengar dekat telinga aku, bulu roma toksah cakap la habis semua meremang dah, ahh, sudah!





aku tengok je ikan tu, tak berkelip mata aku tengok. dalam hati cakap 'apa la yang tak kena dengan ikan ni? macam ada something wrong somewhere la'. entah-entah ikan ni datang dari lubuk mana-mana ke.



-



-



-





sekali tengok ikan ni ada insang rupanya! yang perut dia takde la pulak. sekali berdekah aku ketawa. hakhakhak. memang puaka! kalau la aku buat camni kat rumah, mau menangis mak aku tengok. haishh, lelaki..lelaki...sebab tu la korang perlukan wanita untuk sempurnakan hidup korang *tetiba* ^^







***************************




aku sambung sikit lagi, yang ni aktiviti kedua kumpulan kitorang - Aktiviti Tali. tapi time ni aku dah tak sedap badan, nak demam aku syak. hidung dah soh seh soh seh, suara pun boleh tahan sengau jugak. badan aku memang alah sikit kalau pergi tempat baru, suhu lain sikit nak demam. 





 aktiviti tali ni ada tiga jenis, first abseiling, second free fall, third flying fox. tapi masa nak buat aktiviti tali ni aku tak teruja sangat, nak kata cuak pun tak jugak, ni sebab aku demam la ni. fikiran tak sama dengan realiti. ehh?




ni aktiviti abseiling, dia punya curam tu boleh tahan puaka jugak la -_-





sumpah curam bukit ni. curam sembilan puloh degree pulak tu. tapi yang peliknya aku boleh cool je kat atas tu, bukan aku nak berlagak ke apa tapi aku sendiri pun tak tahu apsal aku boleh cool time tu. biasanya aku memang cuak la tengok tempat-tempat curam, dah tu ada sorang abang fasilitator cakap kat aku 'cuba tengok bawah tuuuu'. aku tengok bawah lepas tu aku senyum, 'eh, boleh pulak dia senyum'. agak-agak dia pun hairan tengok muka konfiden aku. hahaha..

 



faktor aku demam sebenarnya ni, fikiran aku pun macam terawang-awang. alhamdulillah la takde apa-apa yang jadi dekat aku ^^



bro Naimmi (baju hitam) & sis Dyla (baju biru) ^^




Puaka Pulau Pangkor - Part 2




to be continued...


4 comments:

  1. BOSAAANNNNNNNNNNNNNN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adeh mana part seram pun x tau. artikel syok sendiri ni. public diary!!! nyesal bukak.

      Delete
  2. Ekh? Cikgu Naimmi tu kann??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah, dia jadi fasilitator saya time ni :)

      Delete

ratna mintak tolong komen =)