Tuesday, January 29, 2013

" Mampus "




Semalam, yakni sehari yang lepas, yakni pada sebelah petang hari, yakni tengah sedap sedap baring atas katil (berapa banyak yakni kau) datang la sepupu aku yang berumur dalam linkungan 10 tahun. Maka aku pun cepat cepat tutup mata dan berpura pura tidur dengan nyenyak. Entah macam mana entah boleh pula saya ketawa terbahak bahak kemudiannya. Sungguh tak lawak pun mukadimah. 



"Kakna, tolong ajar adik buat kerja sekolah jap?"

"Alaaa, malas la. Orang nak tido laaaaaaa"

"Tolonglah kejap, lepas tu tido la balik"

"emm, kerja sekolah apa?"

"Sains"



Dan sebagai bakal guru yang berdedikasi dan disayangi oleh pengetua serta seantero anak murid di Malaysia, maka aku pun mengiyakan je lah.



Sepupu aku duduk, bukak buku latihan sains. Aku tengok  ada dua bentuk soalan, objektif dengan subjektif. Aku biar dia buat sendiri yang objektif tu, kalau ada salah baru aku tegur. Sampai pulak ke soalan subjektif. Aku perati gambar rajah dekat soalan tu. 



Emmm, ada empat batang pokok yang diletak dalam pasu, pertama gambar pokok P disertakan dengan air, kedua gambar pokok Q tidak disertakan air, ketiga gambar pokok R disertakan dengan air tetapi dibungkus umpama hantu bungkus di dalam plastik lutsinar, dan akhir sekali gambar pokok S disertakan dengan air tetapi diletakkan di dalam almari selama seminggu. Pokok pokok lain pulak diletakkan di belakang kelas selama seminggu jugak. 



Mudah je ni, aku tengok soalan tu hanya mintak pelajar mengisi  jadual dengan jawapan yang betul. Jadual tu ada dua column, column pertama jenis tumbuhan dan column kedua keadaan tumbuhan selepas eksperimen tersebut. Aku tengok sepupu aku buat macam konfiden je. So aku pun buat rilek rilek la guling guling atas katil dengan harapan dapat sambung tido balik. Bila masa pulak aku tido yang nak sambung sambung bagai ni? heh..heh.. 



Tetiba sepupu aku tanya...



"Kakna, yang pokok S ni macam mana?"

"Pokok S mampus selepas seminggu".



Selepas beberapa minit.



"Ok, dah siap!"

"Mana? Kasi Kakna tengok dulu".



Aku perati dari satu column ke satu column. Sampai column yang bawah sekali dia tulis "Pokok S mampus selepas seminggu".



Kahkahkahkah....berdekah dekah aku ketawa. Sungguh keji bukan?



Ketahuilah anda bahawa kanak kanak itu sungguh suci dan naif. Janganlah dirosakkan pemikiran mereka demi kesejateraan anak anak bangsa Malaysia yang sungguh tidak mengerti selok belok duniawi. Dah kenapa ayat nak berkempen bagai pulak? Binatang pun ada masalah, inikan pula manusia. *tetiba* Hakhakhak haktuiiiii...!!!




ok, assalamualaikum babai....





Thursday, January 24, 2013

Lelaki-lelaki yang mencintai Rasulullah




Assalamualaikum..


"Wajib" di baca dengan nada yang sedih. Pasti menitis air mata mu, sebagai mana Para Sahabat Sayangnya Baginda Rasullulah SAW.




Lelaki - lelaki yang sweet terhadap orang yang di cintai.


1) Mu’adz bin Jabal yang menjerti dan menagis teresak-esak sehingga beliau pengsan oleh sebab dapat berita tentang kematian Rasulullah SAW.


 2) Rasulullah telah patah gigi di dalam perang Uhud, berita itu sampai ke Awais dan Awais di rumahnya sanggup mematahkan giginya sendiri kerana hendak merasai apa yg Rasulullah telah rasai.

  
3) Ada seorang pedagang minyak wangi, di Madinah. Setiap kali pergi ke pasar, dia singgah dulu ke rumah Rasulullah Saw, dia tunggu sampai Rasulullah keluar. Setelah Rasulullah keluar, dia hanya mengucapkan salam lalu memandang Rasulullah saja, setelah puas dia pergi. Suatu hari setelah dia ketemu Rasululllah dan dia pergi, lalu tak lama kemudian balik dari pasar dan dia datang kepada Rasulullah Saw dan meminta izin, “Saya ingin melihat engkau ya Rasulullah, karena saya takut dan tidak sanggup tidak dapat melihat tuan seperti ini lagi.”


4) Abu Ayyub Al-Anshari. Ketika Rasulullah hijrah ke Madinah, beliau beristirahat dahulu di pinggiran kota menginap di rumah Abu Ayyub Al-Anshari. Rumahnya itu dua tingkat, Abu Ayyub dan istrinya di tingkat atas dan Rasulullah Saw di bawah. Pada malam hari Abu Ayub dan istrinya tidak sanggup tidur karena mereka takut menggerakkan tubuhnya, semua terbujur seperti sebongkah kayu menahan dirinya untuk tidak bergerak. Mereka takut kalau bergerak, nanti debu-debu dari atas itu berjatuhan kepada Rasulullah. Setelah Rasulullah mengetahui hal itu, beliau sangat terharu lalu kepada Abu Ayub diajarkan sebuah doa sebagai penghargaan beliau atas cinta yang tulus dari Abu Ayub.
 

5) Dalam perang Uhud, ketika kaki Rasulullah terluka, ada seorang sahabat melihatnya lalu mengejar Rasulullah. Dia pegang kaki itu lalu dia bersihkan luka itu dengan jilatannya. Rasulullah terkejut lalu berkata, “Lepaskan! Lepaskan!” Sahabat itu berkata: “Tidak Ya Rasulullah, aku tidak akan melepaskannya sampai luka ini kering!”
 

6) Rasulullah sedang membariskan pasukannya karena Rasulullah selalu merapikan barisan pasukannya. Ternyata ada seorang sahabat, mungkin karena perutnya terlalu besar, selalu perutnya itu berada di luar barisan. Kemudian Rasulullah datang dan memukul perutnya itu agar dirapikan dengan barisan. Lalu sahabat itu memandang Rasulullah dan berkata: “Engkau diutus untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam, kenapa kau sakiti perutku?” Lalu Rasulullah turun dari kudanya, dan menyerahkan alat pemukul itu, lalu berseru: “Pukullah aku! Sebagai qishas atas kesalahanku.” Kemudian orang itu berkata: “Tapi engkau pukul langsung kepada kulit perutku.” Lalu Rasulullah segera membuka pakaiannya, tiba-tiba sahabat itu memeluk Rasulullah dan mencium perutnya. Rasulullah terkejut dan berkata: “Ada apa denganmu?” Sahabat itu menjawab: “Ya Rasulullah, genderang perang sudah ditabuh, mungkin ini adalah saat terakhir perjumpaanku denganmu. Saya ingin sebelum meninggal dunia, sempat mencium perutmu yang mulia.”
 

7) Bilal yang selalu adzan semasa hidup Rasulullah tidak mau beradzan lagi setelah wafat Rasulullah karena Bilal tidak sanggup mengucapkan “Asyhadu anna Muhammad Rasululah” karena ada kata-kata Muhammad di situ. Tapi karena desakan Sayyidah Fatimah yang saat itu rindu mendengar suara adzan Bilal, dan mengingatkan beliau akan ayahnya. Bilal akhirnya dengan berat hati mau beradzan. Saat itu waktu Subuh, dan ketika Bilal sampai pada kalimat Asyhadu anna Muhammad Rasulullah, Bilal tidak sanggup meneruskannya, dia berhenti dan menangis terisak-isak. Dia turun dari mimbar dan minta izin pada Sayyidah Fatimah untuk tidak lagi membaca adzan karena tidak sanggup menyelesaikannya hingga akhir. Ketika Bilal berhenti saat adzan itu, seluruh Madinah berguncang karena tangisan kerinduan akan Rasulullah Saw.


8) Seorang budak bernama Tsauban sangat menyayangi dan hatinya selalu merindukan Rasulullah Muhammad SAW. Sehari saja tidak bertemu Nabi, rasanya seperti setahun baginya. Kalau bisa dia ingin bersama Rasul setiap waktu. Karena jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat sedih, murung dan seringkali menangis. Demikian juga yang dilakukan Rasulullah terhadap Tsauban begitu mengetahui betapa besarnya kasih sayang Tsauban terhadap dirinya. Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah SAW dan berkata, “Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika sudah bertemu barulah hatiku menjadi tenang dan gembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati ini bertambah cemas dan takut kalau-kalau tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi. Sedangkan saya belum tentu, entah di syurga paling bawah atau yang paling mencemaskan, kemungkinan tidak dimasukkan ke syurga langsung. Jika demikian, tentu saya tidak akan bertemu denganmu lagi.” Rasulullah amat terharu mendengar perkataan Tsauban. Namun beliau tidak dapat berbuat apa-apa karena balasan surga atau neraka bagi setiap hamba itu hak dan urusan Allah. Maka setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah SAW yang berbunyi; “Barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu: nabi-nabi, para shiddiqin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.” (QS An Nisaa’:69). Mendengar jaminan itu Tsauban pun tersenyum. Hatinya menjadi tenang dan gembira kembali. 




 Selawat ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W...



Salam Maulidul Rasul - 12 Rabiul Awwal 1434 Hijrah bersamaan 24 Januari 2013.





Tuesday, January 22, 2013

Seni mengambil gambar yang perlu diketahui







Orang kata kalau dah memang berbakat plus plus berseni tu, buat apa pun nampak cantik. Ini gambar yang aku ambil secara sengaja dekat page Ustaz Azhar Idrus. Gambar ni dekat pasar Chow Kit tak silap aku. Cuba teliti dan tengok betul betul gambar ni, banyak maksud tersurat dan tersirat. Tak perlu aku jelaskan kot kan kannn? :)


Tak payah nak pergi tempat lawa lawa and vogue vogue, yang penting kualiti gambar tu dan nilai keseniannya, walaupun cuma gambar penyapu lidi sama penyodok je. Dan yang paling penting jugak mestilah cameranya. So, bilakah aku akan dapat camera DSLR sebijik ??? hahaha..



ok, byeeee :)



Apa yang menarik di Cameron Highlands




Assalamualaikum...

Ada hajat nak ke Cameron Highlands ke? kalau ya, jangan lupa singgah tempat tempat ni dan ambik gambar kasi penuh memory card ok? (warning : entry penuh dengan gambar, sekian).


Keseluruhan gambar adalah 'unedited version'. Boleh bilang berapa banyak jerawat dan taik lalat yang ada. HAHA..


Kalau yang datang dari utara tu, apa kata singgah Kuala Kangsar kejap tengok tengok labu sayong, mana tahu ada yang berkenan di hati :)


 Kalau yang ni tak payah beli takpe kot..hehh hehh..










 Alang alang dah singgah Kuala Kangsar tu, jangan lupa pergi tengok istana diraja KK, sumpah cantik gila!


Solat dulu di RNR Sungai Perak. Kalau perasan dekat RNR ni ada menara, apa lagi ambik gambar dulu barang dua tiga keping :)





Sampai sampai je di Cameron Highlands, cari dulu hotel, homestay, chalet, apartment, etc. buat menginap sepanjang percutian. Aku menginap di apartment itu hari, yela ikut rombongan kan. Mau rabak poket kalau nak sewa hotel.


 Tu diaaa. Bas yang bawak rombongan Cik Kiah.




 Tempat wajib pergi 1 : Ladang teh.










 Jangan lupa beli teh buat sedara mara di kampung..cececeyyy..


 Tempat wajib pergi 2 : MARDI




 Masih di MARDI.










Like this!




 Pokok epal di MARDI. Rugi kalau ke Cameron Highlands tak singgah tengok pokok epal. Kannn??






 Epal terbantut. Masih dalam penyelidikan aku syak..hehh hehh..




 Kundur yang gedabak. Oh ya, masih di MARDI.


 Beberapa gugus salad merah. ok, 'gugus' ya.


 Pokok tomato.




 yeahhh..Kasi penuh memory card.


 Tempat wajib pergi 3 : Ladang strawberry Al-Mashoor. Jangan lupa rasa dulu stawberi coklat kat sini, sumpah sedap!


Tempat wajib pergi 4 : Pasar sayur. Aku ter'berkenan' dekat carrot organik ni, beli dua gugus dengan harga lima hengget. Oh ya, abaikan penggunaan tatabahasa saya.




 Sejenis ginseng yang aku sangkakan ulat pada mulanya -__-




 Tempat wajib pergi 5 : Kebun sayur & bunga.


 Masih di kebun sayur & bunga, snap kaktus yang tak seberapa banyak ni sebab orang orang rombongan Cik Kiah taknak singgah ke kebun kaktus. Camni arrr..




 Dapat bunga daisy ni sempena hadiah birthday 10/1 hari tu. Gambar tak sharp, memory dah penuh barangkali.




Tambahan :

Tempat wajib pergi 6 : Kebun kaktus.




Semoga dapat membantu serba sedikit kalau ada yang nak ke Cameron Highlands. Ok, byeeee :)



p/s Jangan lupa beli t-shirt I Love Cameron Highlands.



Wednesday, January 16, 2013

Antara perkara senonoh & tak senonoh yang berlaku



Assalamualaikum...

Dalam tahun 2012 ni ada dua semester, 4 dan 5..yang aku nak cerita ni pasal semester 5 sebabnya bila diingat balik banyak jugak benda bangang yang aku buat masa semester 5 ni. Semester lain kau buat benda yang 'baik-baik' je la? Tak tak, tapi semester 5 ni lebih sikit benda bangang yang aku buat. hahaha.. jom layan aku cerita daripada awal sem sampai last sem okay. Kalau tak nak layan pun sokayyy :)


gambar mukadimah dengan muka yang takbolehblah :D


1. Balik kampung FREE.
Abang aku singgah Tanjung Malim. Seronok! seronok gila bila abang aku call tanya "nak balik kampung?", dan respon aku "gila tak nak". Dah la tengah cuti dalam 2,3 hari macam tu. Lepas tu laju-laju bersiap, kemas mana yang patut sampai tak sempat nak sidai baju, aku mintak housemate tolong sidaikan. baru seminggu aku balik tg.malim dah dapat balik kampung semula, ini gila kentang namanya :)
tapi sayang, kusangkakan panas sampai ke petang, tup tup hujan lah pulak time tengah hari. ini semua gara-gara tiket balik semula ke tg.malim HABIS. minggu kedua kuliah aku dah ponteng 3 kelas! aku punya cuak tu boleh tahan jugak la sebab tak berapa kenal perangai lect macam mana lagi, baru minggu kedua kan. soooo? nak tak nak kena ponteng jugak lah. oyeahh..akulah bakal guru yang berdedikasi -__-


2. Internet yang bangang.
Masalah WIFI. kalaulah laptop aku ni seorang manusia, oh ya 'seorang manusia',  nak je aku buat ruangan 'dari hati ke hati'. aku nak slow talk dengan dia apa masalah dia dengan aku sampai lebih kurang 5,6 kali aku kena panggil technician datang ke rumah masukkan password wifi. klik SINI untuk penerangan lebih lajut, sekian. -__-



3. Air panas yang kejam.
Aku ni jenis yang cepat lapar sebelah malam. Kalau aku makan malam awal contohnya lepas maghrib terus makan, dalam pukul 10 lebih macam tu aku kena makan balik sebab aku lapar lah kan. so, aku keluar masak air pakai electric kettle. 5 minit dah siap masak. Aku angkat kettle bawak ke meja. Lepas tu tuang ke dalam mug, angkat mug bawak pergi ke bekas Milo. Dan dan dan... saat aku angkat je mug tu pukkkk..air yang baru je mengelegak dengan suhu 100 darjah celsius tu sedap je landing atas tangan aku. Aku terus melatah sambil membelek belek tangan aku, "ok je ni" ujarku sambil berlagak maskulin. Lepas beberapa saat baru aku kenal erti penyesalan, time ni tangan aku mula rasa pedih pedih, berpijar pijar macam tu. Housemate semua keluar tengok, cepat cepat diorang suruh lumur dengan kicap. yang tak boleh belahnya ada yang nak bawak aku ke klinik malam tu..hahaha.. korang memang awesome! :)

mug percuma beli ubat gigi ni la yang pedajal aku -__-



4. Bila tersakit perut atas bas..hmmffff..
Cuba bayangkan bila korang sakit perut nak mamp dalam bas yang tengah bergerak. Pulak tu tempat yang nak dituju lebih kurang sejam lagi baru sampai. Pulak tu korang yakin yang bas tu takkan berhenti dekat mana mana RNR sebab perjalanan hanya mengambil masa sejam lebih je. Apa tindakan korang? Bagitau pak cik bas supaya berhenti kejap sebab korang nak melabur? Atau tahan je sampai bas berhenti? Kalau tak boleh tahan sangat-sangat? So, tindakan aku ialah tahan je selagi termampu. Gila punya malu kalau nak cakap dekat pak cik bas suruh berhenti. Aku punya tahan tu sampai boleh tertidur..hahaha.. Sampai sampai je dekat stesen bas, aku lah orang pertama yang turun dari bas, bjalan laju laju sambil buat muka 'cool' terus menuju ke tandas..kekeke XOXO


5. Pengorbanan sempena Raya Korban.
Disebabkan kursus Ko-kurikulum & Rekreasi yang aku ambil sem ni, cuti raya korban aku juga melayang..wuwuwu..kitorang kena anjurkan satu perkhemahan pada hari raya ketiga uolls! tapi hati aku tak sekuat kawan kawan aku yang lain sebab diorang taknak balik kampung terus. Dan pada hari raya kedua aku dah kembali ke Tg.Malim tercinta. Eh asal raya haji tahun ni aku macam kerap je dengar lagu raya dekat radio? Ke aku tak pernah ambik tahu yang memang orang pasang lagu raya walaupun raya korban je? Ah, abaikan.
 


6. Bas rosak.
Tak pernah pernah lagi aku nak balik ke Tg.Malim atau balik ke kampung bas rosak, tapi memang dalam semester 5 ni tercatat jugak sejarah bas yang aku naik rosak. Kau tahu betapa sedihnya aku..wuwuwu.. aku dari Perlis nak ke Perak, tengah sedap sedap tido tetiba bas berhenti tepi jalan. Dalam hati cakap “kejap lagi jalan la ni” sambil menyambung tido dengan begitu nyenyak. Bila terjaga je bas tak gerak gerak lagi. Ahh sudah! Tempat kejadian ni dekat Gurun, lebih kurang sejam lebih dari rumah aku. Terus call abah, abah cakap kalau tak gerak jugak nanti dia suruh abang aku hantar terus ke Ipoh or Tg.Malim. Emm, tapi macam menyusahkan je. Aku cakap tak payah la sebab pak cik bas ni cakap ada bas ganti dalam pukul 6, masa tu dalam pukul 11. Gila.


Nasib baik la dalam bas tu ramai jugak budak budak UPSI, berteman jugak aku ni. Lebih kurang 5 jam tunggu dalam bas, baru datang bas ganti. Nak dijadikan cerita jalan pulak jammed masa OTW ke Tg.Malim. Lama jugak jammed tu. Aku selamat sampai rumah pun dah pukul 12 lebih dah, malam tu pulak kena add kursus untuk semester depan. Istigfar je la yang termampu. Tapi alhamdulillah la semuanya selamat.


7. Karaoke bagai membuka pusat karaoke sendiri.
Sem ni kitorang macam stress lebih la aku syak. Bayangkan kitorang satu rumah boleh karaoke berjam jam sedangkan esok ada kelas pagi. Yeahhh, kamilah bakal guru yang berdedikasi (sekali lagi). Yang bagusnya terpekik terlolong siap ada jiran sound lagi. XOXO


8. Matluthfi90.
Matluthfi mai UPSI habaq hang. Aku punya teruja tu boleh tahan jugak la. Dia datang hari selasa, 12/12/12 - tarikh cantik. Aku ada kelas dari pukul 8 sampai pukul 3 petang. Lepas habis kelas dalam pukul 11 terus ajak kawan kawan aku ke tempat tu semata mata nak tengok Matluthfi. Tengok pameran kejap lepas tu ada sorang mamat ni, urusetia kot tak silap aku, dia cakap pergi la daftar dulu nanti dapat pen lepas tu boleh masuk dalam dewan. Siap daftar. Aku tanya "bila Matluthfi datang ek?", "haa, kejap lagi slot dia, pukul 11 japgi tunggu dia keluar berucap, masuk la duduk kat dalam".


Aku masuk dalam dewan. Tunggu punya tunggu tak keluar keluar lagi Matluthfi, dah la aku ada kelas pukul 12 tu, menipu ke apa mamat urusetia tu -__- Bila dah setengah jam tunggu tapi Matluthfi tak keluar keluar jugak, aku tanya kawan aku "kau agak Matluthfi ada dekat mana?". "aku rasa dia ada dalam bilik P.A sistem tu la", ujar kawan aku dengan muka konfiden. "ok set, jom blah".


Sampai je depan bilik P.A sistem semua tak nak pergi tengok lah pulak. Last last sekali muka aku la yang dituju. Aku dengan muka penuh konfiden tanya ke mamat yang jaga P.A sistem tu, "tumpang tanya, nak masuk dalam dewan ikut pintu mana ye?", sambil buat muka blur dan mata meliar cari Matluthfi! kahkahkah..macam bangang je rasa bila diingat balik. Yang jaga P.A sistem tu boleh pulak tak syak apa apa, diorang pun konfiden je jawab "ikut jalan tu, lepas tu terus je. Nanti ada urusetia jaga kat depan". :D Last last sekali semua tak dapat jumpa Matluthfi. Malam tu ada pulak yang upload gambar diorang dengan Matluthfi dalam fb. Aku cakap dalam hati dengan gerakan slow slow "kwanghajarrrr!".



9. Berbaik-baik dengan jiran :)
Bila stress kitorang dah sampai ke tahap maksimum, kitorang pergi kacau abang abang indon yang kerja dekat kedai makan bawah ni haa. Lampu rumah semua tutup, lepas tu kami lima lima orang keluar ke beranda kacau orang bawah. Antara ayat sapaan, “masak apa tuuuu bang?”..hahaha..gila gatal! Siap main past past surat lagi pakai tali, sumpah bangang..wahahaha..tapi nak buat kerja kerja ni kena bijaklah kan. So, sampai sekarang diorang tak dapat cam lagi muka muka kitorang dan tanpa rasa bersalah kitorang pergi makan dekat kedai tu macam takde apa apa yang berlaku..kehkehkeh..


10. Kemunculan Ju On.
Bunyi macam seram, tapi memang seram! Tindakan kami berbaik baik dengan jiran tadi telah disalah erti oleh orang sekeliling. Orang depan rumah kami telah menghantar jelingan maut yang tak boleh diterima dek akal fikiran cececeyyy..macam Ju On pun ada jugak aku tengok. Aku cakap ke kawan aku “mesti dia update status dekat fb kan?” Hahaha.. maka terhasillah poster ini.


11. Bertemu dan berpisah.
'Adat, lumrah, fitrah, tak dapat dipisahkan, memang macam tu dah' ..emm, apa lagi perkataan yang sesuai? Ni lah benda yang agak pahit untuk kami telan pada semester ni. Akak housemate rumah kami dah habis pengajian dia dekat sini, so lepas ni dia akan berpraktikum dan secara rasminya akan berpindah keluar dari rumah kesayangan kami tu. Susah senang, suka duka, pahit manis semua kami tempuhi bersama. Dah anggap dia macam kakak sendiri dah pun. Bila nak berpisah tu agak berat sikit la. Tapi adatlah kan semua ni..sobs! :'(


 we will miss you akak :(



okay, byeee!