Wednesday, January 16, 2013

Antara perkara senonoh & tak senonoh yang berlaku



Assalamualaikum...

Dalam tahun 2012 ni ada dua semester, 4 dan 5..yang aku nak cerita ni pasal semester 5 sebabnya bila diingat balik banyak jugak benda bangang yang aku buat masa semester 5 ni. Semester lain kau buat benda yang 'baik-baik' je la? Tak tak, tapi semester 5 ni lebih sikit benda bangang yang aku buat. hahaha.. jom layan aku cerita daripada awal sem sampai last sem okay. Kalau tak nak layan pun sokayyy :)


gambar mukadimah dengan muka yang takbolehblah :D


1. Balik kampung FREE.
Abang aku singgah Tanjung Malim. Seronok! seronok gila bila abang aku call tanya "nak balik kampung?", dan respon aku "gila tak nak". Dah la tengah cuti dalam 2,3 hari macam tu. Lepas tu laju-laju bersiap, kemas mana yang patut sampai tak sempat nak sidai baju, aku mintak housemate tolong sidaikan. baru seminggu aku balik tg.malim dah dapat balik kampung semula, ini gila kentang namanya :)
tapi sayang, kusangkakan panas sampai ke petang, tup tup hujan lah pulak time tengah hari. ini semua gara-gara tiket balik semula ke tg.malim HABIS. minggu kedua kuliah aku dah ponteng 3 kelas! aku punya cuak tu boleh tahan jugak la sebab tak berapa kenal perangai lect macam mana lagi, baru minggu kedua kan. soooo? nak tak nak kena ponteng jugak lah. oyeahh..akulah bakal guru yang berdedikasi -__-


2. Internet yang bangang.
Masalah WIFI. kalaulah laptop aku ni seorang manusia, oh ya 'seorang manusia',  nak je aku buat ruangan 'dari hati ke hati'. aku nak slow talk dengan dia apa masalah dia dengan aku sampai lebih kurang 5,6 kali aku kena panggil technician datang ke rumah masukkan password wifi. klik SINI untuk penerangan lebih lajut, sekian. -__-



3. Air panas yang kejam.
Aku ni jenis yang cepat lapar sebelah malam. Kalau aku makan malam awal contohnya lepas maghrib terus makan, dalam pukul 10 lebih macam tu aku kena makan balik sebab aku lapar lah kan. so, aku keluar masak air pakai electric kettle. 5 minit dah siap masak. Aku angkat kettle bawak ke meja. Lepas tu tuang ke dalam mug, angkat mug bawak pergi ke bekas Milo. Dan dan dan... saat aku angkat je mug tu pukkkk..air yang baru je mengelegak dengan suhu 100 darjah celsius tu sedap je landing atas tangan aku. Aku terus melatah sambil membelek belek tangan aku, "ok je ni" ujarku sambil berlagak maskulin. Lepas beberapa saat baru aku kenal erti penyesalan, time ni tangan aku mula rasa pedih pedih, berpijar pijar macam tu. Housemate semua keluar tengok, cepat cepat diorang suruh lumur dengan kicap. yang tak boleh belahnya ada yang nak bawak aku ke klinik malam tu..hahaha.. korang memang awesome! :)

mug percuma beli ubat gigi ni la yang pedajal aku -__-



4. Bila tersakit perut atas bas..hmmffff..
Cuba bayangkan bila korang sakit perut nak mamp dalam bas yang tengah bergerak. Pulak tu tempat yang nak dituju lebih kurang sejam lagi baru sampai. Pulak tu korang yakin yang bas tu takkan berhenti dekat mana mana RNR sebab perjalanan hanya mengambil masa sejam lebih je. Apa tindakan korang? Bagitau pak cik bas supaya berhenti kejap sebab korang nak melabur? Atau tahan je sampai bas berhenti? Kalau tak boleh tahan sangat-sangat? So, tindakan aku ialah tahan je selagi termampu. Gila punya malu kalau nak cakap dekat pak cik bas suruh berhenti. Aku punya tahan tu sampai boleh tertidur..hahaha.. Sampai sampai je dekat stesen bas, aku lah orang pertama yang turun dari bas, bjalan laju laju sambil buat muka 'cool' terus menuju ke tandas..kekeke XOXO


5. Pengorbanan sempena Raya Korban.
Disebabkan kursus Ko-kurikulum & Rekreasi yang aku ambil sem ni, cuti raya korban aku juga melayang..wuwuwu..kitorang kena anjurkan satu perkhemahan pada hari raya ketiga uolls! tapi hati aku tak sekuat kawan kawan aku yang lain sebab diorang taknak balik kampung terus. Dan pada hari raya kedua aku dah kembali ke Tg.Malim tercinta. Eh asal raya haji tahun ni aku macam kerap je dengar lagu raya dekat radio? Ke aku tak pernah ambik tahu yang memang orang pasang lagu raya walaupun raya korban je? Ah, abaikan.
 


6. Bas rosak.
Tak pernah pernah lagi aku nak balik ke Tg.Malim atau balik ke kampung bas rosak, tapi memang dalam semester 5 ni tercatat jugak sejarah bas yang aku naik rosak. Kau tahu betapa sedihnya aku..wuwuwu.. aku dari Perlis nak ke Perak, tengah sedap sedap tido tetiba bas berhenti tepi jalan. Dalam hati cakap “kejap lagi jalan la ni” sambil menyambung tido dengan begitu nyenyak. Bila terjaga je bas tak gerak gerak lagi. Ahh sudah! Tempat kejadian ni dekat Gurun, lebih kurang sejam lebih dari rumah aku. Terus call abah, abah cakap kalau tak gerak jugak nanti dia suruh abang aku hantar terus ke Ipoh or Tg.Malim. Emm, tapi macam menyusahkan je. Aku cakap tak payah la sebab pak cik bas ni cakap ada bas ganti dalam pukul 6, masa tu dalam pukul 11. Gila.


Nasib baik la dalam bas tu ramai jugak budak budak UPSI, berteman jugak aku ni. Lebih kurang 5 jam tunggu dalam bas, baru datang bas ganti. Nak dijadikan cerita jalan pulak jammed masa OTW ke Tg.Malim. Lama jugak jammed tu. Aku selamat sampai rumah pun dah pukul 12 lebih dah, malam tu pulak kena add kursus untuk semester depan. Istigfar je la yang termampu. Tapi alhamdulillah la semuanya selamat.


7. Karaoke bagai membuka pusat karaoke sendiri.
Sem ni kitorang macam stress lebih la aku syak. Bayangkan kitorang satu rumah boleh karaoke berjam jam sedangkan esok ada kelas pagi. Yeahhh, kamilah bakal guru yang berdedikasi (sekali lagi). Yang bagusnya terpekik terlolong siap ada jiran sound lagi. XOXO


8. Matluthfi90.
Matluthfi mai UPSI habaq hang. Aku punya teruja tu boleh tahan jugak la. Dia datang hari selasa, 12/12/12 - tarikh cantik. Aku ada kelas dari pukul 8 sampai pukul 3 petang. Lepas habis kelas dalam pukul 11 terus ajak kawan kawan aku ke tempat tu semata mata nak tengok Matluthfi. Tengok pameran kejap lepas tu ada sorang mamat ni, urusetia kot tak silap aku, dia cakap pergi la daftar dulu nanti dapat pen lepas tu boleh masuk dalam dewan. Siap daftar. Aku tanya "bila Matluthfi datang ek?", "haa, kejap lagi slot dia, pukul 11 japgi tunggu dia keluar berucap, masuk la duduk kat dalam".


Aku masuk dalam dewan. Tunggu punya tunggu tak keluar keluar lagi Matluthfi, dah la aku ada kelas pukul 12 tu, menipu ke apa mamat urusetia tu -__- Bila dah setengah jam tunggu tapi Matluthfi tak keluar keluar jugak, aku tanya kawan aku "kau agak Matluthfi ada dekat mana?". "aku rasa dia ada dalam bilik P.A sistem tu la", ujar kawan aku dengan muka konfiden. "ok set, jom blah".


Sampai je depan bilik P.A sistem semua tak nak pergi tengok lah pulak. Last last sekali muka aku la yang dituju. Aku dengan muka penuh konfiden tanya ke mamat yang jaga P.A sistem tu, "tumpang tanya, nak masuk dalam dewan ikut pintu mana ye?", sambil buat muka blur dan mata meliar cari Matluthfi! kahkahkah..macam bangang je rasa bila diingat balik. Yang jaga P.A sistem tu boleh pulak tak syak apa apa, diorang pun konfiden je jawab "ikut jalan tu, lepas tu terus je. Nanti ada urusetia jaga kat depan". :D Last last sekali semua tak dapat jumpa Matluthfi. Malam tu ada pulak yang upload gambar diorang dengan Matluthfi dalam fb. Aku cakap dalam hati dengan gerakan slow slow "kwanghajarrrr!".



9. Berbaik-baik dengan jiran :)
Bila stress kitorang dah sampai ke tahap maksimum, kitorang pergi kacau abang abang indon yang kerja dekat kedai makan bawah ni haa. Lampu rumah semua tutup, lepas tu kami lima lima orang keluar ke beranda kacau orang bawah. Antara ayat sapaan, “masak apa tuuuu bang?”..hahaha..gila gatal! Siap main past past surat lagi pakai tali, sumpah bangang..wahahaha..tapi nak buat kerja kerja ni kena bijaklah kan. So, sampai sekarang diorang tak dapat cam lagi muka muka kitorang dan tanpa rasa bersalah kitorang pergi makan dekat kedai tu macam takde apa apa yang berlaku..kehkehkeh..


10. Kemunculan Ju On.
Bunyi macam seram, tapi memang seram! Tindakan kami berbaik baik dengan jiran tadi telah disalah erti oleh orang sekeliling. Orang depan rumah kami telah menghantar jelingan maut yang tak boleh diterima dek akal fikiran cececeyyy..macam Ju On pun ada jugak aku tengok. Aku cakap ke kawan aku “mesti dia update status dekat fb kan?” Hahaha.. maka terhasillah poster ini.


11. Bertemu dan berpisah.
'Adat, lumrah, fitrah, tak dapat dipisahkan, memang macam tu dah' ..emm, apa lagi perkataan yang sesuai? Ni lah benda yang agak pahit untuk kami telan pada semester ni. Akak housemate rumah kami dah habis pengajian dia dekat sini, so lepas ni dia akan berpraktikum dan secara rasminya akan berpindah keluar dari rumah kesayangan kami tu. Susah senang, suka duka, pahit manis semua kami tempuhi bersama. Dah anggap dia macam kakak sendiri dah pun. Bila nak berpisah tu agak berat sikit la. Tapi adatlah kan semua ni..sobs! :'(


 we will miss you akak :(



okay, byeee!




No comments:

Post a Comment

ratna mintak tolong komen =)