Tuesday, January 22, 2013

Apa yang menarik di Cameron Highlands




Assalamualaikum...

Ada hajat nak ke Cameron Highlands ke? kalau ya, jangan lupa singgah tempat tempat ni dan ambik gambar kasi penuh memory card ok? (warning : entry penuh dengan gambar, sekian).


Keseluruhan gambar adalah 'unedited version'. Boleh bilang berapa banyak jerawat dan taik lalat yang ada. HAHA..


Kalau yang datang dari utara tu, apa kata singgah Kuala Kangsar kejap tengok tengok labu sayong, mana tahu ada yang berkenan di hati :)


 Kalau yang ni tak payah beli takpe kot..hehh hehh..










 Alang alang dah singgah Kuala Kangsar tu, jangan lupa pergi tengok istana diraja KK, sumpah cantik gila!


Solat dulu di RNR Sungai Perak. Kalau perasan dekat RNR ni ada menara, apa lagi ambik gambar dulu barang dua tiga keping :)





Sampai sampai je di Cameron Highlands, cari dulu hotel, homestay, chalet, apartment, etc. buat menginap sepanjang percutian. Aku menginap di apartment itu hari, yela ikut rombongan kan. Mau rabak poket kalau nak sewa hotel.


 Tu diaaa. Bas yang bawak rombongan Cik Kiah.




 Tempat wajib pergi 1 : Ladang teh.










 Jangan lupa beli teh buat sedara mara di kampung..cececeyyy..


 Tempat wajib pergi 2 : MARDI




 Masih di MARDI.










Like this!




 Pokok epal di MARDI. Rugi kalau ke Cameron Highlands tak singgah tengok pokok epal. Kannn??






 Epal terbantut. Masih dalam penyelidikan aku syak..hehh hehh..




 Kundur yang gedabak. Oh ya, masih di MARDI.


 Beberapa gugus salad merah. ok, 'gugus' ya.


 Pokok tomato.




 yeahhh..Kasi penuh memory card.


 Tempat wajib pergi 3 : Ladang strawberry Al-Mashoor. Jangan lupa rasa dulu stawberi coklat kat sini, sumpah sedap!


Tempat wajib pergi 4 : Pasar sayur. Aku ter'berkenan' dekat carrot organik ni, beli dua gugus dengan harga lima hengget. Oh ya, abaikan penggunaan tatabahasa saya.




 Sejenis ginseng yang aku sangkakan ulat pada mulanya -__-




 Tempat wajib pergi 5 : Kebun sayur & bunga.


 Masih di kebun sayur & bunga, snap kaktus yang tak seberapa banyak ni sebab orang orang rombongan Cik Kiah taknak singgah ke kebun kaktus. Camni arrr..




 Dapat bunga daisy ni sempena hadiah birthday 10/1 hari tu. Gambar tak sharp, memory dah penuh barangkali.




Tambahan :

Tempat wajib pergi 6 : Kebun kaktus.




Semoga dapat membantu serba sedikit kalau ada yang nak ke Cameron Highlands. Ok, byeeee :)



p/s Jangan lupa beli t-shirt I Love Cameron Highlands.



2 comments:

  1. banyak gambar...tapi semua saya tak boleh tengok...termasuk background blog ni - tak kluar gambar pun...;-(

    ReplyDelete

ratna mintak tolong komen =)