Tuesday, January 8, 2013

Internet, Mr. A, Aku & Kami




Internet. entry ni memang cerita pasal internet dari mula sampai habis, harap maklum.


ini masalah paling bangang aku pernah rasa dalam semester 5 ni. ok, mula-mula bayar sewa rumah sekali dengan internet, dapat password wifi untuk pakai buat sementara waktu sebelum diorang datang masukkan password mengikut line rumah masing-masing. selang dua minggu macam tu baru diorang datang masukkan password setiap rumah. ok, settle. selang 3,4 hari kebangangan laptop aku makin menunjukkan belangnya bila dia buat-buat tak nak detect line wifi rumah aku. ok, aku sabar. dalam hati cakap pada laptop 'kau saja je kan buat-buat tak nak detect lah pulak? kau nak mengurat mamat yang masukkan password tu kan?' ujarku sambil menjeling tajam ke arah screen laptop. aku terus hayun langkah yang agak luas ke bilik member aku. "eh, laptop kau dapat tenet tak?",  member aku cakap, "dapat je, asal?".



aku sabar lagi, mungkin masalah line kot. mana la tau hujan-hujan ni takde line. tapi bila keesokannya member member aku sedap je online sambil buat muka busy mikirkan assignment *nganjing aku*, tahap kesabaran aku pun dah maksimum. cepat-cepat aku capai phone dan terus text.......emm..ok mr.A..


"mr.A, tolong la saya, apsal saya tak dapat line internet tapi kawan2 saya semua dapat?". dengan muka penuh berkerut aku tekan butang send ke mr.A dan mr.A reply "OK".
fine, mr.A!


tetiba pintu rumah diketuk macam tiada hari esok.


 
kuatnya macam nak suruh 1 bangunan bukak pintu! aku bukak pintu. senyum. mr.A masuk, balas senyuman, lajukan kipas sesuka hati dia, duduk tanpa disuruh. aku? hanya melihat dari jauh sambil memandang sinis ke arah laptop.  mr.A geledah sana geledah sini dekat laptop aku, lepas tu bangun dan cakap "ok, dah".


aku pergi tengok laptop dah ok, line penuh tapi bukan line rumah aku yang dia masukkan, line rumah sebelah. mr.A pergi pulak ke bilik akak rumah aku (housemate), laptop dia pun jadi kes macam aku, dia malas nak bawak keluar laptop sebab bateri rosak, terus suruh mr.A masuk tengok dalam bilik. akak lagi hebat nampaknya! hahaha..


mr.A keluar, aku tanya "kenapa laptop saya tak dapat line ...... ?". mr.A "tu masalah laptop kamu tu, saya dah banyak kali refresh line wifi tu". aku "oh, yeke..em, terima kasih ek". "sama-sama" ujar mr.A sambil terkumat kamit menyumpah ke aku. eh tak tak, aku tambah je tu. hahaha..


 panjang jugak cerita pasal internet ni. tapi ada aku kisah?? lantak lah nak cerita jugak. ok, sambungan...


dalam seminggu dua macam tu laptop akak housemate aku yang tadi buat hal pulak. fb tak dapat bukak, yang lain boleh je. terus dia mengadu ke aku. aku dengan konfidennya pergi tengok laptop dia "emm, parah ni kak, call je la mr.A". konon2 nak datang tolong tapi haremm. Nasib baik akak housemate jumpa mr.A dekat bawah, terus mengadu ke dia.


pintu rumah sekali lagi diketuk bagai tiada hari esok. dalam 2,3 minit macam tu semua diam menikus je dalam bilik, akak housemate baru siap mandi, aku apa lagi terus capai kain batik tutup kepala lepastu pergi bukak pintu. mr.A dekat luar dah siap on laptop dia, terus masuk tanpa memandang tuan rumah, lajukan kipas macam biasa sambil mulut terkumat kamit cakap "orang datang tak nak bukak pintu pulak". aku kelu. terus ke bilik mengadu ke member. 2,3 minit mr.A tunggu akak housemate belum keluar lagi. aku pulak sekali lagi capai kain batik terus ke bilik akak housemate. "akak, lambat lagi ke? mr.A kat luar tengah tunggu tu. emm, dia marah saya tadi kak". hahaha..kelakar pulak bila diingat balik.



lepas mr.A balik je apa lagi, jadi bahan la dia malam tu. hahaha..


akibat perbuatan tak rasional membahankan orang, akhirnya memakan diri sendiri balik. laptop aku buat perangai lagi. line wifi yang mr.A masukkan password tu tak boleh pakai dekat dua hari jugak la. masalahnya kawan-kawan aku yang lain ok je laptop diorang. mula lah aku buat muka toya je manjang. perasan tak dekat line internet laptop kita ni, kadang-kadang dia naik tanda seru yang warna kuning tu? aku panggil tanda JPJ kalau ada benda alah tu. 


benda tu la naik dekat laptop aku sampai dekat dua hari tak boleh bukak. akibat takut mr.A marah lagi, terus aku ke office buat aduan. mr.A takde, bos dia ada. terus pum pam pum pam ngadu ke bos dia. bos dia suruh isi form beserta nama dengan butiran tertentu. aku buat-buat tanya "ini orang TM datang ke macam mana ni mr.liew?". mr. liew "eh tak, itu mr.A datang tengokkan, u buat la air nescafe ke, dia tu pemalu sikit".  
reaksi aku ---> -__-


malam tu, agak lewat..dapat call dari mr.A.. "kamu Syazana ke?", "ha'ah saye", "laptop kamu tu kenapa? eh kejap, ni laptop yang saya buat hari tu ke?", bla bla bla..."ok, takpe kejap lagi saya datang" amboi2, dah lewat baru nak datang ye bang? ni rumah anak dara tau..huhuhu.. tengah sedap-sedap aku dok berkaraoke dengan member-member aku, pintu rumah diketuk lagi bagai tiada hari esok.


mr.A masuk, macam biasa lajukan kipas, duduk tanpa disuruh. aku bawak keluar laptop kasi ke mr.A. mr.A pandang sambil tersenyum sumbing, ok aku paham! bla bla bla sembang kencang dengan mr.A, dia tanya "laptop ni pernah format ke?", aku jawab "emmm, pernah tak ek? oh pernah pernah masa cuti sem itu hari haa". perbualan kencang diteruskan lagi dengan soalan dari aku "mr.A nak tanya ni, ada tak mr.A sentuh atau ter'delete' apa apa line wifi dalam laptop ni? hairan jugak kenapa dia tak detect line wifi rumah ni je, rumah lain boleh pulak dia detect. saya ingat nak kasi abang repair balik kampung nanti". mr.A dengan muka cuak jawab "eh, takde!". haaa, tau takut. muahahaha..


macam biasa lepas dia melangkah keluar je dari rumah, mr.A mnjadi bahan kami pada malam tu. hahaha..


sekali lagi akibat perbuatan tak rasional mebahankan orang tu, laptop roommate aku pulak buat hal. nak tak nak dia terpaksa text mr.A datang masukkan password. aku? aku duduk diam diam dalam bilik. dari dalam bilik aku curi curi dengar dialog mr.A dengan roomate aku. mr.A, "ini laptop kawan ke? dia cakap nak format hari tu?". roomate aku balas "eh tak, ni laptop saya". aku "what the fish la mr.A. bila pulak aku cakap nak format? aku nak repair je" -__-

*view dekat belakang rumah aku*

aku balik kampung, mintak abang aku tengokkan laptop. datang semula ke tg.malim. on laptop, tunggu kejap. cari line wifi. ok, dah detect. tapi kena masukkan semula password. ini yang aku pantang ni. petang tu text mr.A. terpaksa. aku tau mesti dia datang sebelah malam jugak dalam pukul 10 lebih tunggu la ketukan dia. malam tu dia text "buka pintu rumah". dengan tergesa gesa aku capai tudung, bawak laptop keluar ke ruang tamu tanpa membalas text mr.A. selang 5 minit mr.A call tanya dah bukak pintu rumah ke belum. ok, dalam situasi macam ni mesti la expectation aku mengatakan mr.A dah ada depan tangga or depan rumah. so aku tak balas la text dia, dengan kredit aku pun tinggal berapa sen je lagi. mr.A masuk, aku pandang dan senyum, dia pandang aku dan seriuskan muka! how shit! aku tau aku susahkan kau mintak tolong datang masukkan password, tapi aku terpaksa dan itu pun memang tugas kau. kehidupan aku sebagai student ni memang 90% bergantung pada internet connection, kalau takde benda tu memang tak menjadi lah kerja jawabnya. lagipun yuran internet semua aku dah bayar untuk 1 semester kot.




tapi tapi tapi...mr.A datang malam tu pakai short pants bawah lutut dengan jersey Menyu. comel jugak aku tengok. bahahaha..


aku masuk je dalam bilik terus cakap ke roommate, "lepas ni dah tak nak la ada apa apa masalah internet lagi, serik. lagipun connection apa semua dah ok". roomate aku angguk kepala laju-laju. hmmffff....


macam biasa mr.A menjadi 'bahan' kami dalam beberapa hari selepas kejadian tersebut. hahaha..


dan atas kebangangan diri sendiri, aku terpaksa lagi berurusan dengan mr.A. kalau ada yang baca ni mesti macam pelik je kan. macam aku sengaja je buat-buat rosakkan laptop lepastu panggil mr.A datang. tak tak. sila baca entry ni sampai habis dulu lepas tu boleh lah nilai apa yang tersirat dan tersurat, ok.
 
dan kisahnya bermula apabila secara sengaja aku men'delete' hidden file dalam local disk c! pada hemat aku *cececeyyy* hidden file tu menyemak je, macam folder virus pun ye jugak. ye la hidden file tu kan folder dia macam kelabu kelabu asap sikit, so aku pikir takde guna pun benda alah ni, takde pekdah pun dia kat sini. dan secara gelojohnya aku men'delete' semua hidden file sampai takde satu pun yang bersisa. fuhhh..lega! jimat sikit ruang local disc c ni, boleh jugak buat simpan benda benda lain. perasaan aku bila dah sampai tahap ni rasa macam dah profesional la sebab berjaya men'delete' file yang konon-konon virus tu.
tapi tidak kusangka ribut taufan datang ditengah hari yang pada perkiraan aku boleh lah jemur baju sebab panas sampai ke petang. eh eh??  


keesokannya bila aku on je laptop, 'not connected - no connections are available'. warghhhhhh...kenapa kenapa kenapa ??? dengan perasaan gundah gulana aku bawak laptop ke kedai. masa datang ambik semula laptop abang kedai tu cakap "yang kamu delete tu hidden file, semua program ada dalam tu, dah kamu delete memang takde apa apa lah jawabnya. kalau nak elok balik kamu kena format semula". ujar abang tu sambil menggeleng gelengkan kepala -__-


balik je rumah, terus aku call abang aku. abang aku cakap takpe, download je open office kalau nak buat kerja, nanti balik kampung kasi dia tengok. "nak download open office tu pakai internet eh?" "opkos lah!"


sekali lagi terpaksa berurusan dengan mr.A. aku decide untuk call je mr.A then mintak password. habis cerita. dan mr.A balas "eh, kami memang tak boleh bagi password dekat kamu". "tapi saya nak pakai kejap je, minggu depan nak balik kampung, format. lepas tu nak datang semula. nanti awak kena datang masukkan lagi password". jawabku sambil berpura-pura sedih. mr.A jawab "takpe la, saya datang jugak la sebab memang tugas saya pun". ok, fine.


malam tu mr.A datang dengan tersengih sengih katak. sebab dua hari sebelum tu kami satu rumah datang ke office bayar bil air dekat dia, kemain lagi dia nganjing cakap "lama saya tak pergi rumah ni". haa kan masin mulut tu!


so, settle dah satu hal. minggu depannya aku balik ke kampung. tapi secara bijaknya aku berpikir tak payah la format, lagipun lepas ni kan exam, mana ada nak buat assignment bagai dah. internet pun dah ok je. aku pun pulang semula ke tg.malim dengan hati yang berbunga riang. selamat tinggal mr.A..hahaha..


aku pun exam dengan tenang (tenang lah sangat) tanpa apa apa gangguan. dan sekarang dah selamat menjalani cuti semester walaupun kawan-kawan aku masih lagi bertungkus lumus dengan exam. heuheuheu..


penamat kisah mr.A..


sebelum cuti study week, kami satu rumah buat keputusan nak keluar makan-makan ke kedai INI. dah siap order dengan ambik gambar bagai berada di kedai sendiri, tetiba terserempak dengan mr.A. aku syak dia baru balik kerja agaknya. dengan tersenyum kucing dia lalu balik ke rumah, lepas tu apa lagi, jadi bahan kami berlima la. :D


ni la orang yang tak reti bersyukur. orang dah tolong siap bahan lah apa lah. eh eh ??


dah siap siap makan dan bayar, maka berangkat lah kami berlima pulang ke rumah. sebelum balik tu sempat lagi pusing semula ke kedai makan tu, dan alangkah terkejut beruknya kami berlima bila nampak mr.A tengah dukung baby. sebelah dia ada dua orang perempuan (member aku cakap 'akak'). bahagianya mr.A siap agah agah lagi baby tu. lahh, laki orang rupanya! hahahaha.. oh ya, mr.A adalah seorang manusia yang sebaya dengan aku, sekian.


maka berakhirlah kisah mr.A yang menghantui kami ibarat dialah hero penyelamat internet, tanpa dia tiadalah internet..hahaha... lepas ni insyaAllah nama kau bakal diharamkan untuk disebut dalam rumah kami. kehkehkeh..terima kasihlah sebab banyak bantu kami pasal internet :)




assalamualaikum..tadaaaa :)



1 comment:

  1. Thumbs up for this entry. Tergelak2 sy baca. Nice writing :)

    ReplyDelete

ratna mintak tolong komen =)