Tuesday, January 29, 2013

" Mampus "




Semalam, yakni sehari yang lepas, yakni pada sebelah petang hari, yakni tengah sedap sedap baring atas katil (berapa banyak yakni kau) datang la sepupu aku yang berumur dalam linkungan 10 tahun. Maka aku pun cepat cepat tutup mata dan berpura pura tidur dengan nyenyak. Entah macam mana entah boleh pula saya ketawa terbahak bahak kemudiannya. Sungguh tak lawak pun mukadimah. 



"Kakna, tolong ajar adik buat kerja sekolah jap?"

"Alaaa, malas la. Orang nak tido laaaaaaa"

"Tolonglah kejap, lepas tu tido la balik"

"emm, kerja sekolah apa?"

"Sains"



Dan sebagai bakal guru yang berdedikasi dan disayangi oleh pengetua serta seantero anak murid di Malaysia, maka aku pun mengiyakan je lah.



Sepupu aku duduk, bukak buku latihan sains. Aku tengok  ada dua bentuk soalan, objektif dengan subjektif. Aku biar dia buat sendiri yang objektif tu, kalau ada salah baru aku tegur. Sampai pulak ke soalan subjektif. Aku perati gambar rajah dekat soalan tu. 



Emmm, ada empat batang pokok yang diletak dalam pasu, pertama gambar pokok P disertakan dengan air, kedua gambar pokok Q tidak disertakan air, ketiga gambar pokok R disertakan dengan air tetapi dibungkus umpama hantu bungkus di dalam plastik lutsinar, dan akhir sekali gambar pokok S disertakan dengan air tetapi diletakkan di dalam almari selama seminggu. Pokok pokok lain pulak diletakkan di belakang kelas selama seminggu jugak. 



Mudah je ni, aku tengok soalan tu hanya mintak pelajar mengisi  jadual dengan jawapan yang betul. Jadual tu ada dua column, column pertama jenis tumbuhan dan column kedua keadaan tumbuhan selepas eksperimen tersebut. Aku tengok sepupu aku buat macam konfiden je. So aku pun buat rilek rilek la guling guling atas katil dengan harapan dapat sambung tido balik. Bila masa pulak aku tido yang nak sambung sambung bagai ni? heh..heh.. 



Tetiba sepupu aku tanya...



"Kakna, yang pokok S ni macam mana?"

"Pokok S mampus selepas seminggu".



Selepas beberapa minit.



"Ok, dah siap!"

"Mana? Kasi Kakna tengok dulu".



Aku perati dari satu column ke satu column. Sampai column yang bawah sekali dia tulis "Pokok S mampus selepas seminggu".



Kahkahkahkah....berdekah dekah aku ketawa. Sungguh keji bukan?



Ketahuilah anda bahawa kanak kanak itu sungguh suci dan naif. Janganlah dirosakkan pemikiran mereka demi kesejateraan anak anak bangsa Malaysia yang sungguh tidak mengerti selok belok duniawi. Dah kenapa ayat nak berkempen bagai pulak? Binatang pun ada masalah, inikan pula manusia. *tetiba* Hakhakhak haktuiiiii...!!!




ok, assalamualaikum babai....





2 comments:

  1. nasib baik check balik..
    kalau tak........ miahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dapat bayangkan kalau cikgu dia check jawapan tu :p

      Delete

ratna mintak tolong komen =)