Thursday, February 21, 2013

Semester 6





Semester 6..

PTPTN baru masuk *walaupun agak lewat masuk semester ni*

Sewa rumah dah bayar..alhamdulillah dikurangkan  RM 40.00 :D

Sewa rumah termasuk sekali dengan bayaran internet.







Dan dapat password yang kena main teka teka sendiri -__-



Salam Jumaat...

Assalamualaikum



Tuesday, February 5, 2013

Malam ini aku menangis




Assalamualaikum..


Firman-Nya menegaskan:

“Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya, ‘Jadilah!’ maka jadilah sesuatu itu.” (Yassin:82)


Setiap sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmah di sebaliknya. Ingatlah bahawa janji Allah itu adalah pasti. Ada aku tulis satu entry pasal beberapa perkara yang berlaku dalam semester 5 yang lepas KLIK SINI. Sungguh, macam macam dugaan yang mendatang. Sabar. Itu yang aku buat. Terkadang terbit juga keluhan keluhan yang tak sepatutnya. Di saat menghadapi ujian itulah baru aku ingat pada Allah, minta tolong dengan Allah sedangkan sebelum ni sembahyang pun sengaja dilewatkan bahkan ada jugak yang ditinggalkan terus. Astagfirullahhala'zim..



 Ternyata setiap ujian dan dugaan tu Allah hadiahkan dengan sesuatu yang diluar jangkaan kita. Sungguh hamba bersyukur padaMu ya Rabb, Tuhan yang Maha Mengasihani sekalian makhluk makhlukNya. Aku bersyukur padaMu ya Allah, subhanallah alhamdulillah allahuakbar!!!
 


Cuma aku memohon kepadaMu agar Kau mengampuni segala dosa dosaku serta dosa kedua ibu bapa ku.




Malam Ini Aku Menangis. Ya! Menangis kegembiraan :')




Wassalam...





Sunday, February 3, 2013

Antara Pop Yeh Yeh dan Indie



Tengah tengok tv tadi, cerita Jimmy Neutron. Cerita ni aku tak layan sangat, kalau Spongebob sama Upin & Ipin aku layan, baru kena dengan jiwa. Kononnya. Lepastu mata aku tertancap ke kabinet tv sebelah kanan. Eh album gambar! *sambil buat gaya tanjat boboi*. Layan gambar gambar lama ni ada jugak pekdah daripada mengadap muka sama jambul Jimmy Neutron yang tak kena dengan jiwa tu. Kononnyaaaa (sekali lagi). Dannnn lepas tengok je gambar gambar aku masa kecik kecik dulu mulalah geleng geleng kepala sambil menyumpah seranah berbunyi “shit! Kenapalah daku ini sedemikian rupa?”.





Ni lah antara beberapa perkara yang membuat daku menyesali akan diri sendiri.. =,=



1. Pakai tudung gaya Cikgu Senah 
Kenapa lah aku boleh pakai tudung senget benget macam tu? Dengan rambut terkeluar, lepas tu tudung tu aku pin satu je dekat bawah dagu, yang bahagian bawah tu dibiar terbuai buai ditiup dek angin. Sungguh tak senonoh.



2. Pakai baju compang camping 
Aku dedulu memang nakal. Takdenye istilah nak main kumpul kumpul anak patung ke, nak main mekap mekap ke. Yang aku tau pergi belakang rumah, main panjat panjat pokok beramai ramai lepastu terjun. Yang tu kira ok sikit, nak yang ekstrem lagi pergi jalan yang berbukit, duduk dekat bahagian atas jalan lepastu ambik basikal takde break, naik empat lima orang satu basikal, lepastu turun. Memang bangang. Hahaha.. So budak nakal ni mana ada baju girlish girlish bagai, baju koyak rabak ada la. Heh..heh..heh..



3. Ambik gambar muka takde perasaan 
Yang ni paling menyampah aku tengok. Ambik gambar muka kayu je, tapi aku pelik orang yang ambik gambar tu lain kali suruh la aku senyum sikit kalau dah nampak muka aku lebih kurang je dengan tunggul kayu.



4. Gambar candid 
Yang ni lagi satu. Kadang kadang aku duduk pun belum habis lagi dah snap gambar, lepastu mula la jadi gambar tak senonoh. Zaman dulu dulu mana ada kamera digital yang memori sampai beribu riban gigabytes ye dak? Silap ambik gambar sikit boleh padam, lepastu boleh snap gambar seberapa banyak yang engkau suka. Zaman dulu dulu pakai filem je, gambar jadi ke tak jadi ke belakang kira. Yang pasti kena guna filem dengan sebaik mungkin. Tapi kamera yang pakai filem ni la memberi lebih makna kan? Mesti berkobar kobar nak tengok hasil hasil gambar yang diambil kannnn? =)


Gambar candid yang lect aku ambik itu hari. Macam ni takpe, aku suka..kakaka :D


5. Baju kuning seluar hijau kasut biru tudung merah 
Haaaa ambik kau! Apa punya taste la aku dedulu. Macam mana aku boleh terpikir nak pakai macam tu? Why Syazana why? Tapi yang aku ingat sampai sekarang mak aku akan bagi kebebasan kepada anak anak dia untuk memilih sendiri pakaian serta corak yang berkenan di hati. Cuma corak yang agak tak senonoh sangat tu memang mak aku akan pangkah awal awal. Yang masalahnya sekarang ni kenapa aku boleh padankan warna warna sedemikian rupa? *kesat air mata*



6. Rambut serabai 
Yang aku ni pun satu, dah tau nak ambik gambar tu pergi la sikat rambut kasi senonoh sikit. Ini tidak asalkan boleh je dah sudah.



7. Kembangkan hidung
Sampai sekarang aku masih tertanya tanya apakah modus operandi aku mengembangkan hidung sewaktu gambar diambil? Benci tahap kuasa duaplohlimajuta bila ditengok balik gambar tu. Sumpah benci! huhuhu.. Seingat aku gambar tu diambil untuk pendaftaran masuk tadika. Aku pergi kedai gambar tu dengan abah, abah sikat rambut aku dulu lepastu pakai tudung baru masuk ambik gambar. Aku pun masuk duduk atas kerusi lepas tu macam bangang pergi kembangkan hidung. Apakah??? Tapikan, bila dibelek belek balik gambar tu comel jugak aku masa kecik kecik dulu...wakakaka.. 




P/S masuk dalam troli tolak sendiri..kekeke :D





assalamualaikum babaiiiii...





Friday, February 1, 2013

Misteri 'Makcik P' di masjid




Ini cerita lama sebenarnya, tapi biarlah aku cerita sikit sikit mana lah tau boleh dijadikan bedtime story buat anak anak aku ye dak? kemain 'anak anak' -.-



Kisah ni terjadi dalam bulan puasa kira kira dua tiga tahun yang lalu. Alkisah ada lah seorang makcik ni, orang kampung aku jugak, berperwatakan ramah, berkulit kuning langsat, sederhana tinggi, badan juga sederhana besar layaknya ibu ibu yang berusia dalam lingkungan 50-an. Ceritanya bermula semasa orang orang kampung bersiap siap untuk ke masjid menunaikan solat terawikh. 


P/S gambar sekadar hiasan. Ihsan Google


Tak ketinggalan keluarga aku jugak. Lepas siap siap semua kitorang pun gerak la ke masjid. Masuk je dalam masjid aku terus solat sunat tahiyatul masjid, lepas tu ada lebih masa lagi sebelum muazzin melaungkan azan. Aku duduk sambil zikir zikir sikit kasi jiwa tenang sambil mata melilau tengok orang lalu lalang masuk dalam masjid, mana lah tahu kan kot kot ada rezeki terjumpa bakal mak mertua? heh..heh..


Muazzin pun melaungkan azan. Senyap.


Lepas bacaan iqamat, semua jemaah pun memenuhkan saf saf yang kosong. Tetiba telinga aku dapat tangkap bunyi sebijik motor. Bunyi tu nak kata sayup sayup pun tak, nak kata dekat dekat pun tak jugak. Aku pun toleh kepala ke belakang, lantas berbisik 'dah agak dahhh'. Yang parking motor betul betul depan pintu masjid tu tak lain tak bukan adalah Makcik P. Makcik P, oh ya aku namakan makcik ni sebagai Makcik P (bukan nama sebenar) =)



Sedar bahawa diri sudah lewat, Makcik P dengan tergesa gesa memakai telekung, terus menuju ke saf pertama.Ya, habis dilanggar jemaah jemaah yang berada di saf saf lain. Ada Makcik P kisah? "yang penting aku dapat pahala duduk di saf pertama", ujar Makcik P. Eh tak tak, aku tambah je tu..hahaha... Yang aku ni pulak kebetulan berada di saf kedua yakni di belakang Makcik P.



Almaklumlah masjid di kampung, mesti ada ulat ulat yang selalu terbang dekat lampu tu kan? Tengah tengah khusyuk imam membacakan surah, ulat ulat lampu ni pun mula la buat operasi. Terbang sana terbang sini last last jatuh atas karpet. Dah jatuh atas karpet tu bukan reti nak duduk diam diam, mula la nak berjalan konon konon kepatahan sayap. Dah berjalan tu tak reti reti pulak nak berjalan ke tempat lain, ke Makcik P jugak yang dituju. Dalam beberapa saat aku syak ulat tu dah melata atas kaki Makcik P, Makcik P pun apa lagi terus kibas kibas kain dia, siap angkat sampai paras lutut lagi. Kau bayangkan perasaan aku yang tengah solat dekat belakang Makcik P ni ??? Tak nak tengok, memang dah automatik nampak, nak pejam mata kang terlepas pulak tengok aksi aksi Makcik P. Hahaha..keji gila! tapi boleh dimaafkan sikit kot sebab time ni tengah solat terawikh, ye dak?




 Bila dah ok Makcik P berhenti kibas kibas kain dia, tapi ulat ulat tu macam tak reti bahasa. Tetiba Makcik P kibas kibas lagi kain dia. Ahh sudah! Semangat kemain dia kibas kibas kain, siap toleh kiri kanan tengok ulat tu keluar ke tak. Aku tengok jemaah kiri kanan Makcik P ni steady je, tapi dalam hati tak tahu la kan.



Yang tak boleh belahnya, lepas siap kibas kibas kain tu Makcik P boleh terus rukuk dan sembahyang macam biasa umpama takde apa apa yang berlaku. Stress aku dengan Makcik P ni -,-



Sampai ke tahiyat akhir, aku diam dan berkobar kobar nak tengok reaksi orang orang kiri dan kanan Makcik P. Tapi diorang steady je, semua buat muka biasa biasa je. Ahhh memang pelik! Kira kira hampir ke pukul 10.00 malam, maka selesailah solat terawikh 8 rakaat sekali dengan witir 2 rakaat.



Sampai sampai je di rumah...



Mak, nampak tak makcik kat masjid tadi?

Makcik  mana?

Alaaa makcik yang selalu parking motor depan pintu masjid tu?

Ohh, Makcik P. Kenapa?

Takdela, tapi macam pelik je makcik tu tadi. Boleh pulak dia kibas kibas kain masa tengah sembahyang..

HAHAHAHA... Siapa? Makcik P? HAHAHAHA..

Ha'ah, Makcik P. Kenapa mak??

HAHAHA... Makcik P tu memang macam tu, dia tu tiga suku. HAHAHA...

Patut laaa  .............. -.-




Sekianlah saja kisah Makcik P, semoga menjadi pengajaran buat yang diluar sana. Eh???





Ok, assalamualaikum babaiiii :)