Sunday, March 9, 2014

Kehilangan MH370 - SIAPA YANG PANDAI DAN SIAPA YANG PANDAI-PANDAI by Saiful Nang.




Assalamualaikum..


Aku terbaca satu post daripada facebook Saiful Nang berkaitan kehilangan pesawat MH370 yang masih belum dijumpai lagi. Seriously aku memang sedih sangat memikirkan perasaan orang-orang didalam pesawat tu, betapa cemasnya diorang dengan tekanan udara diluar yang sangat kuat. Bayangkanlah jatuh pada ketinggian beribu ribu kaki. Sedangkan kita yang jatuh daripada pokok je pun boleh patah tulang. Tapi aku masih mengharapkan yang pesawat tu mendarat dengan selamat di suatu tempat yang sukar dikesan dan semua penumpangnya selamat. In shaa Allah, dengan kuasa Allah s.w.t apa apa pun boleh terjadi mengikut kehendak-Nya.



Bila isu kehilangan pesawat MH370 ni, maka muncullah wartawan tak bertauliah, ustaz ustaz dan uztazah segera, penyiasat tak bertauliah dan sebagainya di dalam facebook. Macam macam spekulasi dibuat sampai ada satu tweet aku baca dalam twitter yang mempersoalkan tujuan penumpang penumpang ke Beijing tu untuk apa? Buat maksiat?



Mana bukti kau sampai boleh keluar kenyataan macam tu? Ingat, berfikir dulu sebelum melakukan sesuatu, jangan sampai kata kata kita tu menjadi fitnah. Nauzubillahiminzalik.






Bayangkan kalau ahli keluarga kita yang terlibat, apa perasaan kita? Dan berkaitan status yang aku copy paste dari facebook Saiful Nang, memang statusnya bijak dan beliau berfikir dahulu sebelum mengeluarkan apa apa kenyataan. Ini statusnya,





Dulu semasa saya kecil, saya pernah buat part time jadi mekanik basikal. Boleh setakat nak cari duit seringgit dua sehari. Mekanik basikal sahajapun, bukan mekanik kapal terbang. Satu perkara yang saya paling tak suka apabila orang yang hantar repair basikal melakukan perkara-perkara berikut;


1. Push nak cepat sangat
2. Nak tunjuk macam dia lebih pandai repair basikal
3. Marah-marah bila lambat

Perkara begini kadangkala buat saya hilang sabar dan saya sendiri pernah bagi sepana dan playar kepada mereka dan bercakap "Kalau pandai sangat, kenapa tak buat sendiri". Lalu saya repair basikal lain pula. Perenggan selepas ini ialah satu isu semasa yang besar yang boleh hampir sama situasinya, tetapi dalam SKALA yang sangat besar. Prinsipnya sama juga…ada pakar, ada masalah, ada annoying public. 

Dalam isu #MH370 ini saya lihat ramai yang berada dalam kategori 3 di atas. Pertama, semuanya nak cepat dan ramai ingat cari sebuah kapal terbang di sebuah laut luas itu satu perkara mudah. Dilemma juga mereka yang bertanggungjawab dalam mengumumkan informasi terkini. Lihat muka mereka sahaja sudah nampak tekanan yang mereka rasai. Jika mereka beritahu sahaja apa yg mereka rasa, nanti jika ada kesilapan ORANG AKAN SAMAN mereka. Jika mereka hanya menapis informasi yang benar-benar telah disahkan dan mengambil masa, orang panggil mereka lembab pula. 

Kedua, ramai yang nak tunjuk pandai. Semalam sahaja, ada ramai ahli politik segera, Ustaz & ustazah FB, Pakar penerbangan FB, Penyiasat FB yang dilahirkan. Mereka mengeluarkan kenyataan yang "macam bagus" sahaja. Itulah masalahnya bila orang bodoh berlagak pandai akan ternampak kebodohannya. Jika pandai…tak perlu tunjuk pandai kerana jika orang pandai buat bodoh sekalipun, tetap orang nampak kepandaiannya. 

Yang ketiga, dah mula marah-marah. Yang bukan ada keluarga dalam pesawat tu patutnya meredhakan kemarahan keluarga dan rakan terdekat mereka yang berada dalam MH370 bukan menyiram minyak ke dalam api yang marak. 

Isu Scorpene tidak digunakan dalam misi SAR pun jadi bahan politik. Bagaimanakah kereta lumba yang dibeli boleh digunakan untuk membajak sawah? Cuba fikir di situ. 

Sebagai warga yang prihatin…kita berdoa dan serahkan kepercayaan kepada pihak yang BEKERJA dan bukan pihak yang BERKATA. Ada satu jenis kata-kata yang sangat berguna pada ketika ini…dan kata-kata itu ialah DOA.







Akhir sekali, pulanglah MH370, kami menantikan kepulanganmu dengan selamat semuanya. Ya Allah, Kau  makbulkanlah doa doa kami semua. Aminnnn...